Wanita SG digesa jaga kesejahteraan diri: Sayap Wanita PAP
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) menggesa wanita Singapura untuk melabur dalam kesejahteraan mereka.
Perkara tersebut ditonjolkan oleh tinjauan yang menemui bahawa lapan daripada 10 wanita di negara ini, tidak mengutamakan dan meluangkan masa untuk menjaga kesejahteraan mereka.
Tinjauan tersebut dilakukan oleh Sayap Wanita dan NTUC U Wanita & Keluarga.
Mereka bertujuan untuk mengumpulkan wanita melalui usaha sepanjang tahun bersamaan acara "Hari Wanita Sedunia, sebagai satu permulaan.
Tujuannya adalah untuk menggalakkan wanita mengutamakan diri mereka, serta menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Ia mungkin termasuk aktiviti bersenam, menulis jurnal, atau belajar untuk menetapkan had dan katakan tidak.
Semuanya adalah untuk membantu pertumbuhan wanita secara holistik dan mengambil peranan kepimpinan di rumah, pekerjaan dan dalam masyarakat.
Namun, sepertiga respoden dalam tinjauan tersebut berkata ia sukar untuk mencari waktu yang konsisten untuk menjaga diri mereka.
Mereka juga mencari bantuan dari tempat kerja, melalui waktu bekerja dan pengaturan yang fleksibel.
Anggota keluarga dan rakan juga boleh menawarkan bantuan, dengan membahagikan tugas.
"Saya fikir perubahan pemikiran adalah penting. Jika kami mengiktiraf bahawa kesihatan dan kesejahteraan adalah sesuatu yang penting, dan ia merupakan perkara yang harus kami usahakan bagi tempoh panjang. Maka dari situ kami dapat mengutamakannya," kata Pengerusi Sayap Wanita PAP Sim Ann.
"Kami rasa bahawa mesej penting yang ingin disampaikan kepada wanita adalah "kesejahteraan diri bukan perkara yang mementingkan diri," tambahnya.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.