Skip to main content

Singapura

Wanita SG dibunuh di Sepanyol: Pendakwa mohon suspek didakwa dengan tuduhan membunuh

Para pendakwa raya di Sepanyol mahu tuduhan membunuh dikenakan terhadap lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita warga Singapura di negara itu, lapor media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita SG dibunuh di Sepanyol: Pendakwa mohon suspek didakwa dengan tuduhan membunuh

Mitchell Ong (kiri) tampil di mahkamah pada 19 April 2024, selepas diberkas kerana kaitannya dengan kematian wanita rakyat Singapura, Audrey Fang (kanan). (Gambar: Instagram/strongestasian, Facebook/Fang Dirou)

Diterbitkan : 20 Feb 2025 10:11PM Dikemas Kini : 20 Feb 2025 10:12PM
SINGAPURA: Para pendakwa raya di Sepanyol mahu tuduhan membunuh dikenakan terhadap lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita warga Singapura di negara itu, lapor media tempatan.

Mitchell Ong, juga warga Singapura, disyaki membunuh Audrey Fang, 39 tahun, yang mayatnya ditemui dengan 30 kesan tikaman pada 10 April 2024.

Ong diberkas enam hari kemudian selepas rakaman kamera menunjukkan Cik Fang dijemput dari hotelnya dengan kereta yang dipercayai dipandu oleh Ong.

Menurut laman berita tempatan La Verdad, para peguam dari pejabat pendakwa raya Sepanyol dan pihak pendakwa hadir di mahkamah pada Khamis (20 Feb), mengusulkan agar Ong didakwa atas tuduhan membunuh.

Pihak pendakwa berkata terdapat "bukti yang mencukupi untuk mendakwa" Ong dan mengheretnya ke muka pengadilan.

Peguam bela bagaimanapun mengusulkan agar kes itu ditolak dan prosiding baharu dijalankan, termasuk analisis pakar bebas ke atas telefon Ong dan keterangannya. Ong memutuskan untuk berdiam diri sejak dia diberkas.

Dia kini ditahan reman, sementara menunggu siasatan, dan dilaporkan akan terus ditahan dalam penjara kerana kesalahannya dianggap sangat serius.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita