Wanita SG dibunuh di Sepanyol: Hakim perintah DNA ditemui pada pakaiannya dibandingkan dengan suspek
Anggaran Waktu Membaca:
Mitchell Ong (kiri) disyaki membunuh rakyat Singapura Audrey Fang di Sepanyol. (Gambar: Instagram/strongestasian, Facebook/Fang Dirou)
SINGAPURA: Seorang hakim memerintahkan agar DNA seorang lelaki yang disyaki membunuh seorang wanita Singapura di Sepanyol dibandingkan dengan dua sampel DNA yang ditemui pada pakaiannya, menurut laporan sebuah agensi berita tempatan pada Rabu (9 Apr).
Mayat Audrey Fang ditemui pada April 2024 dengan lebih daripada 30 luka tikaman.
Seorang lelaki Singapura, Mitchell Ong, disyaki membunuhnya. Beliau ditangkap tidak lama selepas mayat itu ditemui.
Bulan lalu, ia dilaporkan bahawa DNA dua lelaki ditemui pada pakaian dalam Cik Fang.
Agensi berita Sepanyol La Verdad melaporkan pada Rabu bahawa seorang hakim telahpun memerintahkan agar profil genetik Ong dibandingkan dengan sampel yang ditemui.
Laporan forensik menunjukkan "tiada kesan air mani ditemui" dalam mana-mana sampel, dan DNA yang dikesan adalah dalam "kuantiti yang rendah".
Ujian tersebut diminta oleh peguam pembela MarÃa Jesús Ruiz de Castañeda, yang baru-baru ini menerima Ong sebagai anak guam.
Beliau berkata suspek mengaku telah membawa Cik Fang ke kawasan terpencil Abanilla, tetapi menafikan membunuhnya.
Peguam tersebut juga memohon kajian baharu mengenai pembekal perkhidmatan telefon yang beroperasi di kawasan di mana pembunuhan itu berlaku.
Encik Manuel Martinez, peguam yang mewakili keluarga Cik Fang, membantah permintaan untuk melancarkan siasatan baharu.
Hakim menolak gesaan bagi kajian baharu ke atas pembekal perkhidmatan telefon itu, menyatakan bahawa ia sesuatu yang "berulang".
Analisis juga telah pun dilakukan pada permulaan siasatan dan hakim berkata bahawa tempoh masa yang baharu dan individu baharu yang dinyatakan oleh pihak pembela tidak disokong oleh "bukti indikatif".
Ong belum membuat sebarang kenyataan sejak dia diberkas.
RENTETAN INSIDEN
Cik Fang sedang melancong seorang diri di Sepanyol apabila mayatnya ditemui berhampiran sebuah tempat letak kereta untuk lori di bandar Abanilla pada 10 April 2024.
Laporan autopsi awal mendapati bahawa luka tikaman dan trauma kepada kepalanya adalah punca kematiannya, seperti yang dilaporkan.
Ong ditangkap enam hari selepas mayat Cik Fang ditemui. Dia satu-satunya suspek dalam pembunuhan tersebut.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.