Skip to main content

Singapura

Wanita SG dibunuh di Sepanyol: Hakim perintah dapatkan data daripada telefon bimbit suspek

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita SG dibunuh di Sepanyol: Hakim perintah dapatkan data daripada telefon bimbit suspek

Gambar: EPA, Facebook/Fang Dirou

SINGAPURA: Seorang hakim di Sepanyol telah membenarkan langkah mendapatkan data daripada telefon bimbit tersebut yang dimiliki suspek terbabit dalam kes pembunuhan rakyat Singapura Audrey Fang. Menurut hakim tersebut, ia boleh menyediakan maklumat penting bagi siasatan yang dijalankan.

Mitchell Ong, 43 tahun, diberkas pada 16 Apr kerana disyaki membunuh Cik Fang ketika bercuti di Sepanyol. Mayatnya ditemui pada 10 Apr dengan 30 kesan tikaman, berdekatan dengan sebuah tempat letak kenderaan bagi lori di bandar Abanilla.

Hakim tersebut mengatakan perintah terbaharu itu relevan memandangkan terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan Ong sebagai pelaku jenayah tersebut, menurut laporan oleh saluran berita Sepanyol La Verdad pada Khamis (16 Mei).

Walaubagaimana pun, data yang diambil daripada telefon bimbit Ong hanya terhad kepada maklumat yang mungkin relevan kepada jenayah tersebut.

Hakim itu juga meminta pengklonan pemacu cakera keras milik kedua-dua suspek dan mangsa itu.

Data yang dikumpulkan akan diserahkan kepada para penyiasat untuk menyiapkan laporan. Satu perbicaraan dijadualkan minggu depan.

Dalam menjelaskan keputusan itu, hakim tersebut dilaporkan berkata bahawa mahkamah berkenaan bukan sekadar berdepan dengan syak wasangka semata-mata, tetapi bukti yang jelas dan petunjuk objektif berhubung penglibatan suspek terbabit.

Bukti sedemikian termasuk rakaman kamera keselamatan, dan data yang disediakan pengendali telekomunikasi.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita