Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita saman doktor; dakwa cedera semasa bersalin akan jejas kehamilan seterusnya

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita saman doktor; dakwa cedera semasa bersalin akan jejas kehamilan seterusnya

Mahkamah Agung Singapura. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 Feb 2025 10:23PM Dikemas Kini : 04 Feb 2025 10:30PM
SINGAPURA: Seorang wanita menyaman seorang pakar sakit puan atas kecuaian yang dipercayai menyebabkannya mengalami kecederaan semasa bersalin secara normal, yang didakwanya akan menjejaskan kehamilan seterusnya.

Cik Cherissa Cheng, 32 tahun, mengalami kecederaan yang menyebabkan najis keluar dari alat kelaminnya selama berbulan-bulan, walaupun selepas doktor tersebut melakukan pembedahan untuk merawat luka itu.

Beliau juga dikatakan mengalami kemurungan selepas bersalin dan trauma akibat gangguan tekanan, termasuk kesukaran untuk menjalin hubungan dengan anaknya.

Cik Cheng, yang merancang untuk mempunyai tiga orang anak bersama suaminya, mendakwa kecederaannya akan menyebabkan komplikasi kehamilan pada masa akan datang dan kecederaannya itu telah menjejas kebahagiaan menimang cahaya mata dan mutu kehidupannya.

Doktor beliau, Dr Khoo Chong Kiat, ialah pakar obstetrik kanan dan pakar sakit puan di CK Khoo Clinic for Women & Laparoscopy di bawah Royal Clinics of O&G.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi pada Selasa (4 Feb), Cik Cheng mendakwa Dr Khoo dan Royal Clinics of O&G cuai dari segi perubatan sehingga menyebabkan kecederaan itu.

Peguam Dr Khoo, Cik Kuah Boon Theng, Cik Theodora Kee dan Cik Kimberly Chia dari Legal Clinic LLC bagaimanapun mempertikaikan versi peristiwa yang dikongsi oleh Cik Cheng.

Perbicaraan diteruskan di Mahkamah Tinggi.
Sumber : CNA/SK/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan