Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita perdaya individu lain tentang kematiannya sehingga peroleh sekitar S$160,000

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita didakwa menipu individu lain untuk mempercayai bahawa dia sudah meninggal dunia agar dia dapat memperolehi kos pengebumian dan guaman.

Dionne-Edna Lin Lilian, seorang rakyat Singapura berusia 39 tahun, dihadapkan di mahkamah untuk dibicarakan kesnya dengan lebih lanjut di Mahkamah Negara pada Jumaat (16 Feb).

Dia berdepan empat tuduhan - dua kerana menipu dan dua lagi kerana berpura-pura sebagai wakil Persatuan Guaman Singapura (LawSoc) di bawah Akta Kerjaya Guaman.

Lin dituduh menipu seorang wanita bernama Chow Chou Fun untuk mempercayai bahawa Lin sudah meninggal dunia sekitar 7 Januari 2019. Masih tidak jelas pada peringkat awal perbicaraan ini mengenai hubungan mereka, jika ada.

Lin kemudian meminta wang untuk menampung kos pengebumian, dan memperdaya Cik Chow untuk menyerahkan wang berjumlah S$6,350.

Pada masa yang sama, Lin juga disyaki menyamar sebagai individu bernama Daslin Ang daripada Biro Bantuan Guaman LawSoc - dari 20 Februari 2019, hingga 18 Mac 2019.

Lin dituduh terus menipu Cik Chow untuk mempercayai dia sudah meninggal dunia.

Kes Lin ditangguhkan bagi persidangan praperbicaraan pada Mac.

Jika didakwa menipu, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Bagi kesalahan menyamar sebagai seorang wakil LawSoc, dia berdepan dengan hukuman penjara selama enam bulan, denda hingga S$25,000 atau kedua-duanya sekali jika ia merupakan kesalahan pertamanya.

Pesalah berulang boleh berdepan dua kali ganda hukuman.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan