Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita mengaku buat aduan palsu dirogol, diserang secara seksual oleh rakan-rakan kerja

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita mengaku buat aduan palsu dirogol, diserang secara seksual oleh rakan-rakan kerja

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 20 Sep 2023 07:06PM Dikemas Kini : 20 Sep 2023 07:07PM
SINGAPURA: Seorang wanita yang dengan rela melakukan hubungan seks bersama dua orang rakan kerjanya menipu dan memberitahu polis bahawa dia dirogol dan diserang secara seksual.

Siti Junaidah Azahar, 22 tahun, mengaku bersalah pada Rabu (20 Sep) atas satu tuduhan memberi maklumat palsu kepada seorang pegawai perkhidmatan awam. Satu lagi tuduhan akan diambil kira dalam hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Siti bekerja di RedMart, sebuah kedai runcit online bersama tiga lelaki yang terlibat berusia 21, 22 dan 25 tahun pada Ogos 2021.

Sekitar pukul 3.30 pagi pada 6 September 2021, Siti membuat aduan polis di Balai Polis Kejiranan Jurong West bahawa dia dirogol oleh rakan-rakan kerjanya.

Dalam aduan itu, Siti mendakwa bahawa dia setuju untuk pergi minum bersama rakannya di sebuah hotel pada 4 September 2021.

Dia berkata bahawa dia memasuki hotel sekitar jam 11.00 malam hari itu, di mana dia bertemu rakannya dan tiga lelaki yang terlibat itu.

Menurut Siti, dia mula mabuk selepas meminum arak yang dicampur dengan minuman gas lain lalu tertidur.

Dia berkata bahawa tiga lelaki itu merogolnya secara bergilir-gilir.

Siti berkata bahawa dia keluar dari hotel itu sekitar pukul 1.00 pagi pada 6 September 2021, apabila makciknya membuat tempahan Grab untuknya.

Siasatan polis dimulakan selepas aduan itu dibuat.

Menurut pihak pendakwa, ini termasuk menggeledah bilik hotel itu dan merampas lebihan arak, minuman campuran dan alas katil untuk siasatan.

Lelaki berumur 20 tahun yang dituduh merogol itu ditangkap dan disoal siasat, sementara lelaki 21 tahun yang dituduh melakukan serangan seksual disoal siasat.

MENGAKU MENIPU

Pihak polis menyoal siasat Siti sekali lagi pada 8 September 2021. Waktu ini, Siti mengaku bahawa dia dengan rela melakukan hubungan seks dengan lelaki berusia 20 tahun dan lelaki berusia 21 tahun itu.

Siti berkata bahawa dia menipu kerana dia hendak meninggalkan bilik hotel itu tetapi tidak mempunyai wang. Oleh kerana tidak dapat pulang, dia menghantar mesej kepada sepupunya dan menipu dengan berkata bahawa tiga orang lelaki sudah melakukan sesuatu kepadanya, supaya makciknya akan membuat tempahan Grab dia untuk pulang ke rumah.

Selepas membuat tempahan Grab, makcik Siti turut menemaninya ke balai polis untuk membuat aduan.

Siti dibela oleh peguam dari Pejabat Pembela Awam, yang meminta laporan kesesuaian probesen.

Hakim kemudian meminta laporan probesen dan menangguhkan hukuman ke November.

Hukuman bagi kesalahan memberi maklumat palsu kepada penjawat awam adalah penjara sehingga dua tahun, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan