Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita maut terjatuh dari tingkat 10 bangunan kerana tidur berjalan

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita maut terjatuh dari tingkat 10 bangunan kerana tidur berjalan

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 38 tahun meninggal dunia akibat terjatuh  selepas  memanjat tingkap apartmennya di tingkat 10 kerana berjalan ketika sedang tidur.

Mahkamah koronor pada Khamis (12 Mei) diberitahu bahawa Cik Ruth Dalumpines Dulfo ditemui tidak bergerak di kaki blok kondominium Laguna Park di Marine Parade pada sekitar 7.00 pagi, 7 Jun 2021. 

Warga Filipina itu datang ke Singapura 13 tahun lalu dan bekerja di Coastal Rhythm Cafe and Bar di Taman East Coast ketika kejadian itu. 

Cik Dulfo tinggal di apartmen itu bersama lagi lima rakan serumah. Beliau mempunyai sejarah tidur berjalan, dengan sekurang-kurangnya empat insiden yang diketahui pernah berlaku. 

Tiga orang saksi memberikan keterangan pada hari pertama siasatan koroner ke atas kematiannya: Seorang inspektor polis, salah seorang rakan serumah dan seorang pakar neurologi yang juga spesialis dalam perubatan tidur. 

Pegawai siasatan Gilbert Chow berkata polis berpendapat Cik Dulfo terjatuh dari tingkap apabila berjalan ketika dalam keadaan tidur dan tiada perbuatan khianat disyaki. 

Koroner Negara Sharmila Sripathy-Shanza akan meneliti lanjut bukti dalam dua minggu dan membentangkan dapatannya selepas itu. 

BAGAIMANA CIK DULFO JATUH

Pemeriksaan apartmen itu mendapati ada tiga tingkap terbuka di dapur, ruang tamu dan tandas di ruang utama. 

Tingkap di tandas selalunya ditutup, kata rakan serumah Cik Dulfo kepada polis. Tingkap itu seluas 67 sentimeter dan setinggi 50 sentimeter, pada ketinggian 1.7 meter. 

Polis mendapati lokasi tingkap tandas sealiran dengan tempat badan Cik Dulfo  ditemui, dan sebahagian besarnya terbuka. 

Mereka juga menemui botol syampu yang terbalik di lantai tandas. Tempat barang-barang tandas lain juga diubah, menurut penghuni apartmen tersebut. 

DNA Cik Dulfo juga ditemui pada tingkap tandas.

Cik Dulfo yang setinggi 1.45 meter dan mempunyai berat badan 48 kilogram  merupakan seorang individu yang "sangat sihat" dan boleh selit dalam tingkap itu memandangkan ketinggiannya, kata Encik Chow kepada mahkamah. 

Beliau menambah bahawa polis percaya paip mandi besi di tandas itu mungkin dapat menampung berat badannya, membolehkannya memanjat dan keluar melalui tingkap yang terbuka itu. 

Namun, Encik Chow juga menarik perhatian bahawa tiada rakaman televisyen litar tertutup dan tiada saksi untuk mengesahkan  bagaimana Cik Dulfo jatuh. 

SEJARAH TIDUR JALAN

Encik Chow berkata saudara perempuan Cik Dulfo berkongsi tiga kali mendiang berjalan ketika dalam keadaan  tidur, yang semuanya berlaku di Filipina. 

Dua kejadian itu melibatkan Cik Dulfo berjalan dan cuba membuang air kecil atau memberi isyarat beliau ingin membuang air kecil. 

Pada kali ketiga, Cik Dulfo jalan keluar dari biliknya dengan matanya tertutup dan turun tangga ke bawah.

Salah seorang rakan Cik Dulfo juga memberi keterangan tentang kejadian pada 2021 di mana beliau mungkin tidur jalan di dalam apartmen mereka. 

Rakan itu memberitahu mahkamah dia melihat Cik Dulfo keluar dari kawasan stor apartmen pada waktu pagi dan bukan biliknya. Cik Dulfo kelihatan seperti baru bangun tidur. 

KETERANGAN PAKAR NEUROLOGI

Dr Pavanni Ratnagopal, seorang konsultan kanan di Insitut Sains Neuro Nasional, menulis dalam laporan pakarnya bahawa Cik Dulko berjalan ketika tidur semasa kejadian tersebu. 

Namun, beliau berkata ini berdasarkan tanggapan bahawa Cik Dulko benar-benar sedang tidur sebelum jatuh. 

Apabila ditanya sama ada beliau berpendapat jika seseorang yang sedang tidur jalan boleh memanjat melalui tingkap tandas di apartmen Cik Dulfo, Dr Ratnagopal berkata ya. 

Dr Ratnagopal juga memberitahu mahkamah bahawa seseorang yang sedang tidur jalan tidak akan tahu apa yang  mereka lakukan. Apabila ditanya sama ada mereka sedar dan keadaan bahaya akibat eprvuatan mereka,  Dr Ratnagopal berkata mereka hanya akan tahu setelah diberitahu selepas ia berlaku. 

Polis juga tidak menemui sebarang nota bunuh diri atau penjelasan tentang kematiannya dalam diari mendiang.

Satu-satunya kebimbangan beliau ialah  bayaran pendahuluan sebanyak bagi sebuah rumah di Filipina, menurut saksi.

Pengurus Cik Dulfo memberitahu polis bahawa sebelum kematiannya, mendiang meminta gaji penuhnya diserahkan   kepada keluarga beliau di Filipina.

Ini adalah luar biasa bagi mendiang katanya.

Encik Chow juga memberitahu mahkamah, Cik Dulfo menghantar mesej teks kepada ibunya bertanyakan khabar pada kira-kira 2.50 pagi  malam kematiannya.

Hakim Sripathy-Shanaz menangguhkan perbicaraan bagi membolehkan polis meneliti amalan biasa Cik Dulfo kirimkan wang kepada keluarganya.

Hakim juga meminta polis meneliti lebih lanjut telefon bimbit dan tablet Cik Dulfo.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan