Skip to main content

Singapura

Wanita maut, budak 3 tahun dikejarkan ke hospital dalam kebakaran di flat Punggol

Seorang wanita berusia 63 tahun meninggal dunia manakala seorang kanak-kanak tiga tahun dikejarkan ke hospital dalam insiden kebakaran yang berlaku di sebuah flat HDB Punggol hari ini (15 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita maut, budak 3 tahun dikejarkan ke hospital dalam kebakaran di flat Punggol

Kebakaran berlaku di Blok 163 B Punggol Central. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 15 Oct 2018 06:51PM Dikemas Kini : 15 Oct 2018 06:54PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 63 tahun meninggal dunia manakala seorang kanak-kanak tiga tahun dikejarkan ke hospital dalam insiden kebakaran yang berlaku di sebuah flat HDB Punggol hari ini (15 Okt).

Kebakaran berlaku di sebuah unit di lantai empat Blok 163B, Punggol Central, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang memberikan respons terhadap insiden itu pada 12.35 tengah hari.

Para anggota SCDF, dengan memakai set radas pernafasan, terpaksa memecah masuk ke dalam unit yang sudah diselubungi dengan asap tebal.

"Kebakaran yang berlaku melibatkan barang-barang yang ada di dapur dan ia dipadamkan menggunakan jet air," menurut SCDF.

Polis menyatakan, wanita berkenaan ditemui terbujur kaku dalam unit tersebut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

Budak tiga tahun dalam unit itu pula ditemui dalam keadaan sedar dan dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK. Dia berada di dalam bilik semasa ditemui, menurut SCDF lagi.

Polis dan SCDF masih menjalankan siasatan.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita