Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita maut, 16 lain cedera akibat nahas bas di Pusat Pemeriksaan Tuas

Satu kemalangan yang melibatkan sebuah bas di Pusat Pemeriksaan Tuas hari ini (26 Feb) menyebabkan lorong kenderaan berat yang menuju ke arah Singapura tersekat, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 26 Feb 2019 07:46AM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 10:35PM

SINGAPURA: Satu orang maut manakala 16 yang lain cedera selepas sebuah bas merempuh susur dekat Pusat Pemeriksaan Tuas pada awal hari ini (26 Feb).

Lorong kenderaan berat yang menuju ke arah Singapura ditutup menyusuli nahas tersebut. Bas dan lori pula dilencongkan ke Malaysia, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan pihaknya memberi respons kepada panggilan yang meminta bantuan di 501 Jalan Ahmad Ibrahim pada pukul 4.25 pagi.

Bas dan lori yang tiba di Singapura tidak dapat memasuki Pusat Pemeriksaan Tuas pada sekitar 5.12 pagi akibat kemalangan yang berlaku. (Gambar-Gambar: William Mah/Facebook).

Seorang wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara lagi 16 yang cedera dikejarkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong dan Hospital Universiti Nasional, menurutnya.

SCDF menambah bahawa seorang individu terperangkap di dalam bas berkenaan dan beliau berjaya diselamatkan oleh para pegawai SCDF yang menggunakan alat penyelamat hidraulik.

ICA memaklumkan para pemandu mengenai kemalangan itu menerusi satu catatan Facebook pada pukul 5.20 pagi.

Menurut ICA, bas dan lori yang tiba di Singapura tidak dapat memasuki pusat pemeriksaan itu dan sebaliknya, menasihati para pemandu supaya melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Para pegawai polis dan SCDF juga berada di tempat kejadian, tambah catatan itu.

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh para pengguna Facebook menunjukkan penghadang jalan ditempatkan di lorong kenderaan berat.

Dalam satu kemas kini di laman Facebooknya sejurus sebelum pukul 7.00 pagi, ICA menyatakan bahawa keadaan jalan raya bagi kereta dan motosikal yang tiba di atau meninggalkan Singapura sudah kembali seperti biasa.

Pada pukul 10.00 pagi pula, ICA menyatakan ia sudah membuka semula lorong kenderaan berat bagi bas dan lori yang tiba di Singapura.

Bagaimanapun menurut pihak berkuasa itu, masih lagi terdapat kesesakan jalan raya menuju ke Singapura disebabkan waktu sibuk sebelah pagi.

"Para penumpang dinasihati supaya memantau laman One Motoring sebelum melakukan perjalanan," tambah ICA. 

Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan