Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita kes dera amah 'paling dahsyat' dijel 11 tahun

Seorang wanita menggunakan pelbagai perkakas rumah seperti tukul besi dan batu lesung untuk memukul pembantu rumah warga Indonesianya dijatuhi hukuman penjara 11 tahun pada Khamis (1 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita kes dera amah 'paling dahsyat' dijel 11 tahun

Mulut Cik Khanifah. (Gambar: Kedutaan Indonesia di Singapura)

Diterbitkan : 01 Aug 2019 10:49PM Dikemas Kini : 02 Aug 2019 12:46AM

SINGAPURA: Seorang wanita yang menggunakan pelbagai perkakas rumah seperti tukul besi dan batu lesung untuk memukul pembantu rumah warga Indonesianya dijatuhi hukuman penjara 11 tahun pada Khamis (1 Ogos).

Zariah Mohd Ali, 58 tahun, juga diarah membayar pampasan sekitar S$56,500 kepada pembantu rumah itu atau menjalani hukuman penjara tambahan lima bulan.

Suaminya, Mohamad Dahlan yang berusia 60 tahun, dihukum penjara 15 bulan dan arahan membayar wang pampasan S$1,000 kerana turut tersabit dalam penderaan yang disifatkan pihak pendakwa sebagai kes penderaan paling teruk dalam sejarah baru-baru ini.

Pasangan itu didapati bersalah selepas perbicaraan yang panjang selama 17 hari.

Penderaan tersebut bermula pada Jun 2012 dan berlarutan selama enam bulan.

Mangsa, Cik Khanifah, berusia 32 tahun, dipukul bahagian belakang kepala dan mulut hingga giginya tanggal. Telinga kirinya pula menjadi cacat selepas dipukul dengan galah buluh.

Khanifah juga dipukul di dahinya dengan anak lesung dan ditikam di bahu dengan gunting.

DIPUKUL DI KEPALA DENGAN TUKUL DALAM 5 KEJADIAN BERBEZA

Penderaan itu bermula apabila Zariah merasakan tandasnya tidak "cukup bersih". Dia juga memarahi Khanifah kerana bekerja terlalu perlahan.

Setelah memukul kepala mangsa dengan tukul, Zariah memberinya tuala wanita untuk menghentikan pendarahan di kepala Khanifah.

Serangan menggunakan tukul berlaku sebanyak lima kali.

Penderaan yang dilakukan majikannya itu dikesan apabila mangsa dihantar pulang secara mengejut pada 19 Disember 2012 tanpa sebarang penjelasan.

Adik Cik Khanifah ternampak kecederaan yang dialami kakaknya dan mendapatkan rawatan perubatan di Jakarta hanya pada Januari 2013, di mana beliau dimasukkan hospital selama 15 hari.

Sepanjang perbicaraan itu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Wen Hsien memberitahu mahkamah bahawa penderaan yang dialami mangsa juga termasuk secara psikologi.

Hakim Daerah Luke Tan berkata pada Khamis bahawa tertuduh bagaimanapun "tidak menunjukkan sebarang rasa kesal" dan sebaliknya "bertindak dengan pelbagai cara yang memburukkan lagi keadaan".  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan