Wanita kemuka rayuan terhadap hukuman penjara 14 minggu, larangan memandu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Calvin Oh/CNA)
SINGAPURA: Seorang pengarah sebuah syarikat kejuruteraan, yang pada Selasa (25 Jul) dijatuhi hukuman penjara 14 minggu dan dilarang memandu bagi satu tempoh yang panjang setelah melanggar seorang pejalan kaki sehingga melambung ketika dia membelok ke kanan secara haram, mengemukakan rayuan terhadap hukumannya.
Kemalangan tersebut menyebabkan beberapa keretakan tulang belakang dan lengan mangsa yang berusia 37 tahun ketika itu. Semasa insiden, mangsa sedang menyeberang jalan sewaktu lampu trafik hijau masih menyala.
Mahkamah diberitahu bahawa Lim Jee Hoo, 51 tahun, mempunyai sejarah pelbagai kesalahan trafik seperti memandu dengan laju dan tidak bertimbang rasa.
Di Mahkamah Negara pada Selasa, Lim, pengarah eksekutif di syarikat pengeluar Wah Son Engineering, dijatuhi hukuman penjara 14 minggu atas satu tuduhan memandu dengan bahaya sehingga menyebabkan kecederaan.
Dia juga dilarang daripada mendapatkan atau memiliki sebarang kelas lesen memandu selama 42 bulan.
APA YANG BERLAKU
Kemalangan itu berlaku pada 3 Februari 2020, di persimpangan antara Sin Ming Avenue, Upper Thomson Road dan Venus Drive, menurut dokumen mahkamah.
Lim sedang memandu di lorong kiri di Sing Ming Avenue ke arah Venus Drive.
Dia memutuskan untuk membelok ke kanan di persimpangan untuk ke Upper Thompson Road apabila dia melihat ruang pada trafik.
Tanpa memperlahankan keretanya, dia memandu melepasi barisan kereta yang sedang menunggu untuk membelok ke kanan di lorong untuk membelok. Ini bermakna dia membuat belokan tersebut secara haram.
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Sunil Nair berkata mangsa, Grace Ong, mula menyeberangi jalan di Upper Thomson Road apabila lampu isyarat untuk pejalan kaki menyala pada waktu. Beliau sudah menyeberangi kira-kira dua pertiga jalan apabila Lim membuat belokan secara haram.
Cik Ong, yang tidak nampak kereta Lim, melambung ke udara apabila dilanggar dan tidak dapat berdiri selepas jatuh di jalan raya.
Akibat kemalangan itu, Cik Ong mengalami keretakan tulang pada vertebra lumbar pertama di bahagian belakang, hematoma di bahagian atas tulang belakang dan keretakan tulang di bahagian atas lengannya.
Ketika menjatuhi hukuman, hakim berkata fakta adalah jelas bahawa Lim memilih untuk membuat belokan secara haram apabila dia melihat ruang pada trafik, sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius.
Hakim juga menarik perhatian kepada sejumlah kesalahan trafik yang dilakukan Lim.
Bagi kesalahan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kecederaan terhadap orang lain, Lim boleh didenda sehingga S$10,000 atau dipenjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.