Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita jerit 'mahkamah tidak rasmi' semasa perbicaraan Benjamin Glynn didakwa

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang wanita, 52 tahun, yang menghamburkan kata-kata kesat terhadap Hakim Daerah semasa perbicaraan Benjamin Glynn pada Ogos lalu, akan didakwa kerana berkelakuan tidak senonoh semasa perbicaraan mahkamah.

Lee Hui Yin duduk di galeri awam di Mahkamah Negara semasa perbicaraan yang melibatkan Encik Glynn pada 18 Ogos 2021.

Demikian menurut polis dalam satu kenyataan media pada Jumaat (11 Nov).

Encik Glynn, seorang warga Britain yang berusia 40 tahun, sedang didakwa pada hari tersebut atas beberapa kesalahan, termasuk gagal menggunakan pelitup.

Pihak polis menyatakan Lee disuruh untuk meninggalkan bilik mahkamah supaya dia dapat membetulkan pelitupnya, yang senget.

Dia kemudiannya menggunakan kata-kata kesat terhadap Hakim Daerah tersebut dengan menjerit "mahkamah tidak rasmi yang tidak masuk akal", "jika mahkamah tidak rasmi menghendaki saya memakai pelitup" dan "saya tidak menghormati hakim".

Wanita warga Singapura itu, akan didakwa atas kesalahan menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang penjawat awam, yang boleh dihukum di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman yang dipertingkatkan di bawah akta itu, kerana dia sebelum ini disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman pada April 2014 kepada perintah rawatan mandatori kerana melakukan kesalahan yang sama, kata polis.

Lee juga akan didakwa dengan kesalahan berkelakuan tidak senonoh di kawasan berhampiran mahkamah di bawah Akta Kesalahan Pelbagai (Ketenteraman Awam dan Gangguan Awam).

Polis berkata bahawa dia juga sedang disiasat atas kesalahan gagal mematuhi arahan para penjawat awam dan kesalahan-kesalahan termasuk melibatkan penggunaan kekerasan jenayah terhadap polis di bawah Kanun Keseksaan.

Mereka yang menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang penjawat awam boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Atas kelakuan tidak senonoh di bawah Akta Kesalahan-kesalahan lain (Akta Keamanan dan Gangguan Awam), mereka yang didapati bersalah boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$2,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan