Wanita hamil dituduh dera dua kanak-kanak prasekolah; kurung mereka dalam bilik gelap, belakang meja
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Seorang wanita dituduh mendera dua kanak-kanak di sebuah prasekolah dengan mengurung mereka dalam sebuah bilik stor yang gelap atau di belakang meja selain memukul mereka.
Seorang lagi wanita dituduh membolehkan salah seorang kanak-kanak itu dianiaya.
Kedua-dua wanita yang dituduh itu serta nama prasekolah terbabit tidak boleh didedahkan untuk melindungi identiti mangsa.
Wanita pertama yang dituduh mendera kanak-kanak tersebut, dikenakan enam tuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda pada Khamis (3 Ogos) kerana mendera dua kanak-kanak di bawah jagaannya.
Wanita, 28 tahun itu dituduh memaksa seorang kanak-kanak lelaki dua tahun duduk di bawah meja di prasekolah tersebut selama 15 minit pada 22 Jun 2022.
Dia kemudian mengurung kanak-kanak itu di dalam bilik stor yang gelap selama enam hingga tujuh minit, sebelum melempar mainan blok ke arahnya.
Pada hari yang sama, dia didakwa menenyeh muka seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun dan lapan bulan, sebelum menampar dan memaksanya berdiri sebelum menolaknya sehingga terjatuh beberapa kali.
Wanita itu juga dikatakan menggosok kertas tisu di muka kanak-kanak itu dengan kasar, menampar dan mencubit pipinya.
Wanita itu dituduh mendera kedua-dua kanak-kanak itu buat kali kedua pada 27 Jun 2022.
Peguam wanita itu memberitahu mahkamah anak guamnya sedang hamil lima bulan.
Wanita kedua yang terbabit, juga berusia 28 tahun, berdepan satu dakwaan gagal melindungi kanak-kanak perempuan itu daripada didera. Ia berkaitan insiden di mana kanak-kanak perempuan itu dipukul dengan fail plastik.
Kes itu masih belum selesai. Hukuman bagi setiap tuduhan mendera kanak-kanak di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, atau membenarkan perbuatan sedemikian, adalah hukuman penjara sehingga lapan tahun, denda sehingga S$8,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.