Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita hamil digesa dapatkan suntikan vaksin secepat mungkin

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita hamil digesa dapatkan suntikan vaksin secepat mungkin

Gambar: Pexel

Diterbitkan : 31 Dec 2021 09:56PM Dikemas Kini : 31 Dec 2021 09:57PM

SINGAPURA: Lebih ramai wanita hamil di Singapura kini akur dengan seruan agar mereka mendapatkan suntikan vaksin.

Hospital KK bagi Wanita dan Kanak-kanak mencatatkan jumlah pengambilan vaksin yang paling tinggi pada bulan Ogos dan September.

Hospital Besar Singapura (SGH) pula melaporkan jumlah wanita hamil yang menerima suntikan vaksin naik 30% hingga 40% sejak September lalu.

Mereka yang tidak menerima suntikan vaksin berisiko mengalami penyakit yang serius ataupun maut.

Cik Yvonne Khoo bertarung nyawa dua bulan lalu untuk menyelamatkan dirinya serta bayi dalam kandungannya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu belum mendapatkan suntikan vaksin ketika beliau dijangkiti COVID-19 buat kali kedua dalam masa dua bulan.

Akibat masalah kesihatan lain yang dihidapinya, keadaan Cik Khoo menjadi lebih teruk apabila dijangkiti COVID-19.

Pasukan perubatan di SGH akhirnya terpaksa menggunakan mesin ECMO, sebuah mesin sokongan hayat untuk menyelamatkan nyawa Cik Khoo.

Ia adalah rawatan terakhir yang amat berisiko bagi pesakit yang sedang hamil.

Cik Khoo merupakan pesakit hamil yang pertama menerima bantuan ECMO di hospital awam di Singapura.

Untuk mengelakkan keadaan serupa, Cik Khoo menggesa para wanita hamil di negara ini supaya mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 secepat mungkin.

Sumber : BERITA Mediacorp/NA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan