Wanita gagal peroleh bahagian flat mendiang adik lelaki yang diperuntuk untuk balu
Anggaran Waktu Membaca:
Tangkapan skrin daripada Google Street View yang menunjukkan Blok 458, Tampines Street 42.
SINGAPURA: Seorang pemandu teksi yang membeli sebuah flat di Tampines memohon bagi pemilikan bersama (joint tenancy) dengan isterinya, yang merupakan warga China, selepas wanita itu mendapat status Penduduk Tetap (PR) di Singapura.
Aapbila lelaki itu meninggal dunia, kakak sulungnya membuat permohonan di mahkamah untuk mendapatkan bahagian flat yang diberikan kepada balu mendiang adiknya.
Dalam keputusan yang diterbitkan pada Selasa (2 Mei), Hakim Mavis Chionh menolak sama sekali permohonan kakak mendiang itu. Beliau memutuskan bahawa balu itu memiliki flat tersebut sepenuhnya, dan kakak iparnya itu perlu mengembalikan semua kunci flat tersebut kepadanya.
TUNTUTAN SELEPAS KEMATIAN
Selepas jenazah Ho Fook Tuck disemadikan, kakak sulungnya Ho Woon Chun memberitahu balu mendiang Cik Wang bahawa dia mahu menghentikan bayaran Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi premium insurans hospital Cik Wang.
Menurut Cik Wang, Cik Woon Chun tidak memaklumkannya mengenai sebarang notis daripada HDB mengenai Program Peningkatan Rumah (HIP), atau mengenai permohonan bagi surat pentadbiran estet mendiang Fook Tuck.
Sebaliknya, peguam Cik Woon Chun menghubungi Cik Wang dalam usaha untuk mendapatkan Cik Wang supaya menandatangani pengisytiharan berhubung flat tersebut. Pada Jun 2022, Cik Wang menerima satu lagi surat daripada peguam Cik Woon Chun.
Dalam surat tersebut, Cik Woon Chun mengambil pendirian, bahawa sebagai wakil sah harta pusaka, flat di Tampines itu adalah milik estet tersebut dan Cik Wang memegang flat itu "atas amanah" bagi estet berkenaan. Cik Wang diminta mengambil "langkah segera" untuk memindahkan flat tersebut kepada estet berkenaan, menurut surat tersebut.
Dalam soal balas di mahkamah, Cik Wang berkata beliau tidak berani pergi ke flat tersebut setelah suaminya mati kerana takut dengan adik perempuan mendiang yang "sangat garang".
Menurutnya, beliau juga tidak mahu membawa perkara tersebut ke mahkamah untuk meminta adik perempuan mendiang keluar dari flat berkenaan kerana wanita itu masih anggota keluarga dan ketika mendiang suaminya masih hidup, beliau juga tidak berbuat demikian.
KES KAKAK SULUNG
Cik Woon Chun berkata adik lelakinya membayar harga flat tersebut serta yuran penyenggaraannya. Cik Wang juga menurut beliau tidak pergi ke flat tersebut selepas kematian Fook Tuck mahupun membangkitkan isu flat tersebut pada bila-bila masa.
Sebagai alternatif, Cik Woon Chun meminta agar flat tersebut dibahagikan kepada lima bahagian - bagi empat adik beradik mendiang dan Cik Wang.
Namun, Hakim Chionh mendapati Cik Woon Chun tidak mempunyai "cukup bukti yang meyakinkan" bagi kesnya.
Hakim Chionh sebaliknya meminta Cik Woon Chun supaya mengembalikan dokumen pajakan asal serta semua kunci ke flat tersebut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.