Wanita gagal beli telefon bimbit S$54 Huawei diberkas setelah buat kecoh
Seorang wanita berusia 53 tahun diberkas pada Jumaat (26 Jul) kerana menimbulkan kekecohan di sebuah kedai cawangan Huawei di pusat beli-belah Jem setelah dia gagal membeli telefon bimbit pada harga promosi S$54.

(Gambar: Darius Boey)
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 53 tahun diberkas pada Jumaat (26 Jul) kerana menimbulkan kekecohan di sebuah kedai cawangan Huawei di pusat beli-belah Jem setelah dia gagal membeli telefon bimbit pada harga promosi S$54.
Wanita itu membuat kecoh apabila diberitahu oleh para kakitangan Huawei bahawa dia tidak memperolehi tiket yang diperlukan untuk membeli telefon bimbit itu pada harga S$54, menurut polis apabila ditanya oleh Mediacorp.
Menurut polis, wanita itu enggan meninggalkan kedai itu meskipun beberapa kali diminta berbuat demikian oleh pengurus kedai tersebut.
Setibanya polis tiba di tempat kejadian, dia enggan mematuhi arahan para pegawai untuk meninggalkan premis itu dan kemudian diberkas kerana menceroboh. Siasatan masih lagi dijalankan.
Orang ramai mula beratur pada awal pagi Jumaat di kedai-kedai Huawei dan cawangan runcit lain di merata Singapura setelah firma teknologi China itu mengumumkan tawaran bagi Huawei Y6 Pro 2019 - yang lazimnya dijual pada harga S$198 sebagai menandakan Hari Kebangsaan Singapura ke-54.
Promosi itu ditawarkan kepada rakyat dan penduduk tetap Singapura berusia 50 tahun dan ke atas pada 31 Dis tahun ini.
Bagaimanapun, para pelanggan yang dibenarkan membeli sehingga dua telefon bimbit, menjadi marah apabila diberitahu bahawa cawangan-cawangan sudah kehabisan stok.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.