Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita dituduh peras ugut lelaki S$1,800 selepas diminta beri khidmat 'escort'

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki yang mendapatkan khidmat 'escort' daripada seorang wanita kemudian dikatakan diugut supaya membayar S$15,000 jika tidak mahu dirinya dilaporkan kepada polis

Lelaki yang berusia 39 tahun itu, memberi wanita tersebut S$1,800 kerana takut.

Wanita itu, Tanya Pal yang berusia 27 tahun, didakwa di mahkamah pada Rabu (8 Mac) atas satu tuduhan melakukan peras ugut.

Wanita Singapura itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah flat di Blok 397, Yishun Avenue 6 pada sekitar 3.30 petang, 5 Mac.

Menurut satu kenyataan polis, lelaki itu memberi Pal S$1,800 menerusi pemindahan wang.

Lelaki itu kemudian melaporkan kes tersebut kepada polis pada hari yang sama. Polis mengenal pasti tertuduh dan berjaya menangkapnya, dalam masa 19 jam selepas laporan tersebut dibuat.

Polis menyatakan Pal dipercayai terlibat dalam tiga lagi kes serupa yang dilaporkan, melibatkan sekurang-kurangnya S$19,000.

Pal direman bagi siasatan pada Rabu.

Hukuman bagi kesalahan melakukan peras ugut adalah penjara antara dua dengan tujuh tahun dan dirotan. Bagaimanapun pesalah wanita dikecualikan daripada dikenakan sebatan.
Sumber : CNA/SS/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan