Wanita ditipu S$4,000 dalam penipuan jongkong emas, 3 lelaki diberkas
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: SPF)
SINGAPURA: Tiga lelaki diberkas kerana menggunakan jongkong emas palsu untuk menipu seorang wanita sebanyak S$4,000, kata polis pada Jumaat (21 Jun).
Polis menerima laporan pada kira-kira pukul 3.15 petang pada Rabu (19 Jun), bahawa seorang wanita ditipu selepas dua lelaki memberinya jongkong emas untuk "disimpan".
Siasatan awal mendedahkan bahawa mangsa didatangi dua lelaki di Tras Street pada pukul 1.00 tengah hari pada Rabu, yang mendakwa mereka menemui jongkong emas ketika menggali di sebuah tapak tidak diketahui di Singapura.
Lelaki tersebut berkata mereka ingin menghantar jongkong emas tersebut ke China, namun tidak pasti dengan proses undang-undang.
Mereka kemudian menawarkan jongkong emas itu kepada mangsa untuk "disimpan" dengan menukarkannya dengan wang, sebagai cagaran.
Mangsa membawa dua lelaki itu ke kedai emas di Jalan Eu Tong Sen untuk mengesahkan ketulenan jongkong emas kecil itu, yang disahkan sebagai tulen.
Kedua-dua lelaki itu kemudian mengambil semula jongkong emas tulen dan menyerahkan jongkong emas yang lain kepada mangsa, dan menyuruhnya membayar S$4,000 sebagai cagaran.
Apabila mangsa pergi ke kedai emas yang sama untuk mengesahkan jongkong emas yang lain, ia disahkan sebagai palsu.
Mangsa membuat laporan polis selepas menyedari dia ditipu dan dua lelaki itu sudah meninggalkan kawasan tersebut.
Polis mengenal pasti identiti dua lelaki itu dan memberkas mereka di Jalan Aliwal pada Khamis.
Siasatan lanjut menyebabkan polis memberkas seorang lagi individu dan merampas lebih banyak barangan, termasuk lebih daripada 80 keping jongkong kecil berwarna emas, sekeping kertas dengan tulisan Mandarin dan enam patung Buddha kecil berwarna emas.
Ketiga-tiga lelaki berusia antara 52 dan 62 tahun itu akan didakwa di mahkamah pada Sabtu (22 Jun) kerana bersubahat untuk menipu.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.