Skip to main content

Singapura

Wanita ditemui mati dalam flat Bedok South; polis sifatkan sebagai kes pembunuhan

Seorang wanita ditemui mati dalam sebuah flat di Bedok South Road pada Isnin (19 Nov) dalam satu kes yang disifatkan polis sebagai satu pembunuhan.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditemui mati dalam flat Bedok South; polis sifatkan sebagai kes pembunuhan

Kereta ronda Pasukan Polis Singapura. (Gambar: Channel NewsAsia/Francine Lim)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 12:54AM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 12:56AM

SINGAPURA: Seorang wanita ditemui mati dalam sebuah flat di Bedok South Road pada Isnin (19 Nov) dalam satu kes yang disifatkan polis sebagai satu pembunuhan.

Dalam kenyataan medianya, pihak polismenyatakan bahawa ia menerima satu panggilan meminta bantuan di Blok 171 pada sekitar 3.45 petang.

"Setibanya di tempat kejadian, polis menemui seorang wanita berusia 35 tahun terbujur dalam unit berkenaan dan beliau disahkan mati di tempat kejadian oleh pasukan paramedik pada sekitar 4.17 petang," menurut SPF.

Seorang lelaki berusia 64 tahun, yang mempunyai hubungan dengan mangsa, diberkas dan akan didakwa hari ini (20 Nov).

Polis masih menjalankan siasatan.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita