Wanita ditemui mati bersama bayi alami tekanan pam susu badan, penyakit kuning anak: Mahkamah Koroner
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selepas mengalami keguguran, seorang wanita melawat sebuah klinik kesuburan bagi menjalani pemeriksaan dan kemudiannya mengandung serta melahirkan bayi lelaki yang sihat.
Dia bagaimanapun diselebungi rasa tertekan dan risau tidak mampu menjaga anak lelakinya yang baru dilahirkan, sekalipun sudah menggajikan seorang pengasuh berpantang dan pembantu rumah.
Dia juga bimbang tentang penyakit kuning yang dialami anaknya secara berterusan, di samping bergelut dengan kesulitan mengepam susu badan yang mencukupi.
Dalam satu nota yang ditinggalkan buat anaknya, wanita rakyat Singapura berusia 33 tahun itu menulis bahawa dia menyayangi anaknya dan bahawa anaknya bukanlah satu kesilapan.
Wanita itu ditemui mati di kaki blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Disember tahun lalu, kira-kira satu meter dari anak lelakinya yang berusia tiga minggu.
Siasatan koroner mengenai kematian berkembar itu dibuka pada Selasa (6 Ogos), dengan pegawai penyiasat berkongsi bagaimana orang di sekeliling wanita itu mengesyaki dia mengalami kemurungan selepas bersalin.
Pasukan Polis Singapura (SPF) percaya kes berkenaan sebagai salah satu "kes bunuh diri yang juga pembunuhan bayi", dan tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat.
Koroner Negara Adam Nakhoda mengenakan arahan mahkamah berhubung kes itu dengan melarang mana-mana penerbitan yang boleh mengenal pasti mendiang itu atau saksi-saksi.
Berkongsi hasil dapatan siasatannya dengan mahkamah, Penolong Superintendan Polis (ASP) Ang Yu Shen berkata ibu itu tinggal di sebuah flat bersama suami dan anak lelakinya, yang dilahirkan pada November 2023.
Pada pagi 3 Disember tahun lalu, pengasuh berpantang itu menyediakan sarapan pagi bagi ibu tersebut sebelum menunjukkan kepadanya cara menukar lampin anaknya.
Suami wanita itu pulang lewat daripada menonton bola sepak malam sebelumnya bersama rakan-rakannya dan masih tidur di bilik tidur utama, kata ASP Ang.
Seorang tukang urut kemudian tiba bagi salah satu sesi urut harian selepas bersalin seperti yang dijadualkan.
Pengasuh pantang tersebut kemudian mengajar ibu itu cara memandikan bayi.
Ibu itu kemudian memberitahu pengasuh pantang itu supaya pergi ke pasar raya berhampiran untuk membeli barangan runcit dan susu tepung.
Pengasuh pantang itu mengatakan bahawa masih ada susu tepung di rumah, tetapi menganggap wanita tersebut mahu lebih banyak susu sekiranya dia tidak dapat menghasilkan susu ibu yang mencukupi untuk bayinya.
Pengasuh pantang itu meninggalkan flat dan pulang dari pasar raya berkenaan kira-kira pukul 11.15 pagi. Dia kemudian melihat pegawai polis di kolong blok itu dan tidak terlalu memikirkannya. Tetapi apabila dia sampai di flat tersebut, dia melihat mangga yang tidak dia kenali di pintu pagar besi.
Dia membunyikan loceng pintu sehingga bapa bayi itu bangun. Dia juga terkejut melihat mangga tersebut, yang dibeli isterinya beberapa bulan sebelumnya tetapi tidak pernah digunakan.
Bapa itu kemudian melihat sebuah kad di dalam rumah yang mempunyai nombor enam digit dan gambar mangga yang dicetak di atasnya. Dia berjaya membuka kunci mangga selepas menggunakan nombor tersebut.
Pengasuh itu memberitahunya bahawa dia melihat banyak kereta polis di tingkat bawah, dan lelaki terbabit turun untuk memeriksa kerana kedua-duanya tidak dapat menemui ibu atau anak tersebut di rumah.
Pegawai polis kemudian memaklumkan kepada lelaki itu bahawa isteri dan anak lelakinya sudah meninggal dunia.
Pengasuh pantang itu pergi ke dapur dan mendapati tingkap terbuka seperti biasa, tetapi menyedari bahawa pakaian yang dibiarkan kering telah dialihkan ke tepi untuk mengosongkan laluan itu manakala, kerusi plastik yang biasanya disimpan diletakkan di hadapan tingkap.
Jiran tetangga yang ditemui pihak polis pula menyatakan mereka tidak menghidu sebarang tanda pertikaian.
ASP Ang mengatakan bahawa pihak polis sudah menyemak semula semua fakta dan keadaan serta tidak mengesan sebarang perbuatan khianat dalam kes kematian mereka.
Ibu itu diperhatikan mengalami "banyak tekanan dan beberapa bentuk kemurungan selepas bersalin" dan memutuskan untuk mengambil nyawanya sendiri bersama anaknya.
Koroner tersebut akan menyampaikan hasil dapatannya pada tarikh seterusnya, sambil mengatakan dia ingin memberikan dapatan yang lebih terperinci dalam kes itu.
DI MANA UNTUK DAPATKAN BANTUAN
Samaritans of Singapore: 1767
Talian Bantuan Institut Kesihatan Mental: 6389 2222
Talian bantuan Persatuan Kesihatan Mental Singapura: 1800-283-7019
Anda juga boleh mendapatkan senarai talian bantuan antarabangsa di sini.
Jika anda mengenali sesiapa yang berdepan risiko, hubungi khidmat rawatan kecemasan 24 jam.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.