Skip to main content

Singapura

Wanita ditangkap tipu gunakan token TraceTogether anggota keluarga

Seorang wanita, yang disyaki menggunakan token TraceTogether seorang anggota keluarganya untuk mendaftar masuk ke tempat berbeza, ditangkap kerana menipu.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditangkap tipu gunakan token TraceTogether anggota keluarga

Token TraceTogether bersebelahan sebuah telefon bimbit yang memaparkan aplikasi. (Gambar fail: Agensi Teknologi Pemerintah Singapura.)

Diterbitkan : 11 Nov 2021 01:25PM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 01:26PM

SINGAPURA: Seorang wanita, yang disyaki menggunakan token TraceTogether seorang anggota keluarganya untuk mendaftar masuk ke tempat berbeza, ditangkap kerana menipu.

Wanita berusia 34 tahun itu berada dalam kontak rapat dengan satu kes COVID-19, menurut polis pada Khamis (11 Nov).

Dia diarah oelh syarikatnya supaya menjalani pengasingan kendiri di rumah sementara menanti hasil ujian tindak balas rantaian polimerasi (PCR) yang diambilnya.

Pada 3 September lalu, polis menerima satu aduan bahawa wanita itu didakwa menggunakan token TraceTogether anggota keluarganya pada tiga waktu berlainan untuk memasuki premis berbeza pada 30 April dan 2 Mei.

Dia akan didakwa pada Jumaat atas kesalahan menipu dengan berpura-pura menjadi orang lain. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

"Polis memandang serius tingkah laku tidak bertanggungjawab seumpama itu terutamanya ketika keadaan COVID-19 sekarang ini," menurut Pasukan Polis Singapura.

"Setiap orang perlu memainkan peranan mereka dengan memikul tanggungjawab sosial dan anggota masyarakat dinasihatkan supaya mengambil langkah pengurusan selamat sedia ada secara serius."

TraceTogether adalah sistem digital yang dilaksanakan di seluruh negara oleh Pemerintah untuk memudahkan pengesanan kontak COVID-19.

Sejak 17 Mei, orang ramai yang memasuki tempat di mana SafeEntry disyaratkan mesti menggunakan aplikasi atau token TraceTogether untuk mendaftar masuk. Ini termasuk tempat-tempat berisiko lebih tinggi seperti pusat beli-belah, tempat kerja dan tempat ibadat. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita