Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita ditangkap, disyaki belanja lebih S$5,700 guna kad kredit dilaporkan hilang

Seorang wanita yang dipercayai menggunakan kad kredit milik orang lain untuk membeli barangan bernilai lebih S$5,700 ditahan pada Selasa (10 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditangkap, disyaki belanja lebih S$5,700 guna kad kredit dilaporkan hilang

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 10 Dec 2019 09:15PM Dikemas Kini : 10 Dec 2019 09:20PM

SINGAPURA: Seorang wanita yang dipercayai menggunakan kad kredit milik orang lain untuk membeli barangan bernilai lebih S$5,700 ditahan pada Selasa (10 Dis).

Siasatan awal menunjukkan wanita berusia 32 tahun itu dipercayai menjumpai kad kredit berkenaan dan menggunakannya untuk membeli beberapa pakaian, beg tangan dan kasut, menurut polis dalam satu kenyataan.

Mangsa membuat laporan pada Ahad bahawa beberapa urus niaga dibuat, tanpa kebenarannya, menggunakan kad kredit beliau yang hilang.

Para pegawai dari Jabatan Ehwal Komersil (CAD) mengesan identiti wanita itu dan memberkasnya dua hari kemudian, menurut polis.

Dia akan didakwa pada Rabu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan