Skip to main content

Singapura

Wanita ditahan di Lapangan Terbang Changi kerana lempar kata-kata kesat

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita ditahan di Lapangan Terbang Changi kerana lempar kata-kata kesat

Seorang wanita melemparkan menjerit kata-kata kesat di Lapangan Terbang Changi pada 6 Jun, 2025. (Gambar: Liew/Xiaohongshu)

Diterbitkan : 10 Jun 2025 11:50PM Dikemas Kini : 10 Jun 2025 11:58PM
SINGAPURA: Seorang wanita telah ditahan pegawai polis di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pada Jumaat lalu (6 Jun), kerana menggunakan bahasa kesat.

Pihak berkuasa bertindak balas terhadap panggilan untuk bantuan dari lapangan terbang sekitar jam 6.25 petang.

Wanita berusia 42 tahun itu ditahan dan menghadapi tuduhan kerana menggunakan bahasa kesat yang ditujukan kepada seorang pegawai awam.

Seorang lelaki yang mengenalkan diri sebagai Liew berkongsi video kejadian itu di akaun Xiaohongshu beliau

Menurut Shin Min Daily News, Liew menceritakan bahawa dia menyaksikan wanita itu bertengkar dengan pegawai keselamatan lapangan terbang dan berulang kali memukul peralatan daftar masuk, lapor SAYS. 

Rakaman videonya menunjukkan tiga pegawai polis menahan wanita itu di kawasan daftar masuk bagasi, di mana beliau berjeritan. Pelawat lain di lapangan terbang melihat ke arahnya dengan perasaan terkejut.

Dia mencadangkan dalam komen bahawa wanita itu mungkin tertekan dengan sistem daftar masuk automatik, yang mungkin mencetuskan ledakan emosinya, menurut laporan SAYS. 

Tidak lama selepas kejadian itu, wanita berkenaan diberkas oleh pegawai polis.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita