Wanita ditahan di feri cuba larikan diri ke Indonesia; simbah lelaki dengan air panas
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: SPF
SINGAPURA: Seorang wanita 28 tahun ditangkap ketika berada di atas sebuah feri yang menuju ke Indonesia pada Khamis (23 Mac) selepas dikatakan menyimbah seorang lelaki dengan air panas, menyebabkannya mengalami kelecuran tahap dua.
Polis menyatakan sekitar 7.30 pagi pada Khamis (23 Mac), pihaknya dimaklumkan bahawa seorang lelaki berusia 24 tahun di Balam Road mengalami kelecuran akibat disimbah air panas.
Siasatan awal mendapati seorang individu dikatakan menyimbah air panas ke atas lelaki tersebut dan kemudian melarikan diri.
Menurut polis,mangsa mengalami kelecuran tahap kedua di leher serta bahunya dan masih berada dalam keadaan sedar ketika dibawa ke hospital.
Botol termos yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut ditemui dibuang di kawasan berdekatan.
Polis menyatakan wanita tersebut mengenali mangsa dan mengambil langkah untuk menyembunyikan identitinya, termasuk menutup muka dan menyalin baju selepas kejadian itu.
Botol termos dan baju yang dipakai sewaktu serangan itu dirampas polis.
Sejurus sebelum identitinya dikenal pasti, suspek meninggalkan Singapura dari Pusat Pelayaran Singapura dalam feri menuju ke Indonesia.
Kapal tersebut dipintas Polis Pengawal Pantai sebelum ia meninggalkan perairan Singapura dan wanita tersebut diberkas sekitar 11.30 pagi pada hari yang sama.
Komander Divisyen Polis Bedok, Penolong Pesuruhjaya Justin Wong berkata: "Tangkapan ini menunjukkan keupayaan polis untuk menangkap mereka yang cuba melarikan diri melalui sempadan maritim kami.
"Kerjasama yang sangat baik antara pelbagai unit, termasuk Polis Pengawal Pantai, membolehkan kami mengenal pasti dan menahan suspek dengan cepat sebelum dia meninggalkan perairan Singapura."
Wanita itu akan didakwa pada Sabtu (25 Mac) atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan cara berbahaya.
Jika didapati bersalah, dia berdepan hukuman penjara tujuh tahun, denda, atau gabungan hukuman tersebut.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.