Wanita disyaki curi suplemen di Lapangan Terbang Changi diberkas selepas kembali ke SG
Seorang wanita warga Australia yang didakwa mencuri sekotak suplemen antipenuaan di kawasan transit Lapangan Terbang Changi pada awal tahun ini, diberkas apabila dia kembali ke Singapura beberapa bulan kemudian.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita warga Australia yang didakwa mencuri sekotak suplemen antipenuaan di kawasan transit Lapangan Terbang Changi pada awal tahun ini, diberkas apabila dia kembali ke Singapura beberapa bulan kemudian.
Polis dimaklumkan tentang kejadian kecurian itu pada 7 Mei, selepas sekotak suplemen bernilai S$507.30 dilaporkan hilang daripada rak pameran di sebuah cawangan Guardian di kawasan transit Terminal 1.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek yang didakwa meninggalkan cawangan farmasi itu dengan barangan tersebut yang belum dibayar pada 14 April. Polis kemudian berjaya mengenal pasti identitinya, tetapi wanita itu sudah meninggalkan Singapura.
Pada 2 November, wanita berusia 51 tahun itu kembali ke Singapura dan diberkas di Lapangan Terbang Changi ketika melakukan transit bagi penerbangan lain, menurut kenyataan media polis pada Selasa (11 Nov).
Dia akan didakwa di mahkamah pada 12 November atas kesalahan mencuri.
Jika disabit kesalahan, wanita itu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.
Polis menegaskan bahawa pihaknya memandang serius kes-kes kecurian di kedai, dan pesalah akan dikenakan tindakan tegas.
“Polis akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan dan masyarakat untuk mencegah serta membanteras kes kecurian di kedai,” tambah pihak polis dalam kenyataan itu.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.