Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita disiasat tidak pakai pelitup di Marina Bay Sands

Seorang wanita berusia 53 tahun sedang disiasat kerana menimbulkan gangguan awam dan dipercayai melanggar langkah-langkah jarak selamat COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita disiasat tidak pakai pelitup di Marina Bay Sands

Seorang wanita 53 tahun dipercayai terlibat dalam beberapa insiden serupa berapa di tempat awam tanpa memakai pelitup.

Diterbitkan : 16 May 2021 12:09AM Dikemas Kini : 16 May 2021 12:10AM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 53 tahun sedang disiasat kerana menimbulkan gangguan awam dan dipercayai melanggar langkah-langkah jarak selamat COVID-19 selepas polis dihubungi untuk ke Marina Bay Sands pada Sabtu (15 Mei).

Menurut polis, pihaknya menerima panggilan meminta bantuan di 1 Bayfront Avenue sekitar pukul 5.15 petang yang mana seorang wanita didakwa tidak memakai pelitup meskipun sudah berulang kali dinasihatkan oleh seorang duta jarak selamat untuk melakukannya.

"Wanita itu dipercayai terlibat dalam beberapa insiden serupa lain yang mana dia berada dalam pelbagai bangunan dan premis tanpa memakai pelitup," menurut polis.

Menerusi video yang tersebar di media sosial, seorang wanita yang dilihat memakai baju biru sedang beratur di luar cawangan Toast Box di The Shoppes, Marina Bay Sands.

Semasa beratur, dia dihampiri seorang duta jarak selamat yang menasihatkannya supaya memakai pelitup.

Wanita itu, yang tidak memakai pelitup, boleh didengar mempersoalkan kelayakan duta jarak selamat itu.

Mereka yang didapati bersalah tidak memakai pelitup atau tidak memakai pelitup dengan betul semasa berada di luar kediaman mereka boleh dikenakan denda sehingga S$10,000, dipenjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang disabit bersalah menimbulkan gangguan awam boleh dijatuhi hukuman tiga bulan penjara, didenda sehingga S$2,000 atau kedua-duanya sekali.

Polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan jarak selamat dengan serius dan bekerjasama dengan para duta jarak selamat. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan