Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita disiasat; dua kali tidak pakai pelitup di tempat awam

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pihak berkuasa sedang menyiasat seorang wanita yang dilihat tidak memakai pelitup di tempat awam dalam dua peristiwa berasingan. 

Demikian menurut Enterprise Singapore (ESG) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada Jumaat (18 Mac). 

Pada 6 Mac, blogger tempatan Wendy Cheng, atau dikenali sebagai Xiaxue, memuat naik rakaman video di Instagram yang  menunjukkan seorang wanita bercermin mata hitam, tidak memakai pelitup di sekitar Orchard Road. 

Wanita tersebut juga dirakam tidak memakai pelitup dalam satu lagi video pada 12 Mac di Jewel Lapangan Terbang Changi. 

Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap ESG berkata wanita yang tidak memakai pelitup di tempat-tempat awam itu sudah dikenal pasti sebagai orang yang sama. Kedua-dua ESG dan STB sedang menyiasat kes tersebut. 

"Orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan tanggungjawab sosial dengan memakai pelitup semasa tidak makan atau minum," kata jurucakap tersebut. 

Pengarah Operasi Langkah Pengurusan Selamat STB, Cik Serene Tan, berkata lembaga itu sedia maklum tentang kedaian tersebut.

"STB memandang serius sebarang kegiatan yang melanggar langkah-langkah pengurusan selamat," menurutnya, sambil menambah bahawa orang ramai dikehendaki mematuhi semua langkah-langkah yang dikuatkuasakan.

Cik Tan berkata pihak berkuasa tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang kegiatan yang tidak mematuhi langkah-langkah berkenaan, termasuk dikenakan denda atau tuduhan di bawah peraturan COVID-19. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan