Wanita dirakam bertengkar dengan polis di SGH dikenakan pertuduhan baharu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Douyin
SINGAPURA: Seorang wanita yang memuat naik rakaman video yang menunjukkan dirinya bertengkar dengan pegawai polis di hospital, berdepan dengan dua pertuduhan baharu.
Han Feizi, warga China, yang sudah ditahan reman untuk hampir dua minggu, dikenakan dua pertuduhan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Asing pada Selasa (24 Okt).

Wanita berusia 29 tahun itu dituduh membuat pengisytiharan palsu bahawa dia bekerja sebagai seorang kerani di sebuah syarikat yang dipanggil KDL Elements dalam permohonannya bagi permit kerja, sedangkan dia tidak mempunyai niat untuk melakukan demikian.
Dari 1 Ogos 2023 hingga 11 Oktober 2023, dia sebaliknya bekerja secara sambilan di beberapa lokasi sebagai pelayan bebas, menurut kertas pertuduhan.
Han dikenakan enam tuduhan pada 13 Oktober pada awalnya, termasuk tuduhan gangguan awam, menyerang seorang pegawai keselamatan, menggunakan bahasa kesat terhadap pekerja perkhidmatan awam atau kakitangan awam dan melakukan gangguan.
Insiden berkenaan yang berlaku di Hospital Besar Singapura (SGH), dipercayai tercetus selepas Han mendapatkan rawatan bagi kecederaan di kakinya.
Dia mendakwa dalam video yang dimuat naik di platform media sosial China Douyin, bahawa dia sudah menunggu selama tiga jam di jabatan kecemasan tersebut tanpa berjumpa mana-mana doktor selepas dirempuh oleh sebuah kereta.
Dia juga mendakwa bahawa dia tidak diberikan rawatan, semata-mata kerana dia bukan warga Singapura.
Hospital tersebut bagaimanapun menyangkal dakwaan Han.
Sejurus selepas polis tiba, dia dilihat bertengkar dengan polis dan malah, merakam seorang pegawai polis wanita lalu memuat naik video berkenaan di platform Douyin.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.