Wanita dipenjara, tikam bekas teman lelaki, anjing peliharaan terbiar hingga mati
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: Jeremy Long)
SINGAPURA: Apabila Jeya Jayaram berpindah keluar dari flatnya di Jalan Kayu yang dikongsi bersama dengan bekas teman lelakinya, dia meninggalkan anjing chihuahua miliknya di situ dan hanya kembali sekali-sekala bersama anak remajanya untuk memberi haiwan itu makan.
Dia kemudian dipenjarakan atas perkara yang tidak berkaitan sekali gus bermakna anjing itu terbiar selama dua bulan sehingga ia mati akibat tidak mendapat air.
Seorang jiran memaklumkan Lembaga Taman Negara (NParks) selepas melihat anjing itu terbaring di dalam sangkar kotor di flat berkenaan.
Jeya didapati melanggar undang-undang beberapa kali lagi. Dalam satu kejadian, dia menikam bekas teman lelakinya dengan pisau selepas lelaki itu menumbuknya semasa mereka bertengkar di tempat awam.
Atas tindakannya dalam beberapa kejadian dari 2020 hingga awal tahun ini, warga Singapura berusia 38 tahun itu dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan empat minggu pada Isnin (10 Okt).
Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Dia juga didenda S$5,800 dan dilarang daripada membela haiwan peliharaan selama setahun selepas mengaku melakukan dua kesalahan di bawah Akta Haiwan dan Burung.

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.