Wanita dipenjara simbah air panas pada suami yang ingin bercerai
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Pasukan Polis Singapura)
SINGAPURA: Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada Selasa (30 Mei) kerana menyimbah air panas ke arah suaminya, yang ingin menceraikannya.
Lelaki itu mengalami kelecuran tahap dua dan kulitnya melepuh.
Rahimah Nisva, seorang warga Indonesia 29 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan air panas.
Mahkamah diberitahu bahawa dia bernikah dengan suaminya, seorang warga Malaysia 24 tahun yang tinggal di Singapura pada 2019.
Mereka mendaftarkan pernikahan mereka di Batam, Indonesia, di mana Rahimah tinggal. Mereka mempunyai seorang anak perempuan pada Januari 2023.
Pada Disember 2022, hubungan rumah tangga pasangan itu semakin renggang kerana lelaki tersebut merasakan Rahimah terlalu mengongkong.
Pada Mac 2023, lelaki itu menimbulkan kemungkinan bercerai ketika di Batam bersama isterinya.
Rahimah tidak menunjukkan sebarang tanda tidak puas hati selepas mendengar hal tersebut, dan suaminya pulang ke Singapura pada keesokan hari.
Bagaimanapun, beberapa hari kemudian pada 22 Mac, Rahimah menaiki feri dari Batam ke Singapura bersama seorang rakan kerja.
Apabila kedua-dua wanita itu tiba di Singapura, Rahimah memberitahu rakan kerjanya bahawa dia perlu berjumpa suaminya untuk mendapatkan beberapa dokumen.
Rahimah menyalin pakaiannya dan memakai niqab.
Dia pergi ke rumah suaminya dan memeriksa kawasan tersebut sebelum pulang menemui rakannya.
Pada keesokan harinya, Rahimah mengisi botol termos dengan air mendidih dan memberitahu rakan kerjanya bahawa dia ingin bertemu suaminya sebelum pulang ke Batam.
Dia menggunakan pakaian yang sama seperti hari sebelumnya dan menunggu di tangga tidak jauh dari flat suaminya.
Rahimah lari ke arah suaminya dan menyimbah air mendidih dari botol tersebut ke bahagian belakangnya ketika dia sedang memakai kasut di luar rumah.
Anggota keluarga lelaki itu segera membuat laporan polis.
Para pegawai dari Polis Pengawal Pantai memintas feri dinaiki Rahimah dan rakan kerjanya ketika ia dalam perjalanan ke Batam dan memberkasnya.
Mangsa dibawa ke hospital di mana dia mengalami kecederaan melecur tahap dua serta melepuh.
Tidak dinyatakan di mahkamah atau dokumen mahkamah jika pasangan itu sudah bercerai, namun Rahimah berkata dia ingin merujuk semula dengan suaminya.
Atas kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan barang panas, dia boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun. Rahimah tidak boleh dirotan kerana dia adalah seorang wanita.
Disebabkan kesalahan itu adalah terhadap seseorang yang mempunyai hubungan intim dengannya, hukuman tersebut boleh digandakan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.