Wanita dipenjara sebulan kerana suruh pembantu rumah tampar diri sendiri; kata dia "tiada otak"
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: iStock
SINGAPURA: Wanita 63 tahun memarahi pembantu rumahnya setiap hari dan menyuruhnya menampar diri sendiri serta mengaku dirinya tidak "mempunyai otak".
Seorang jiran mendengar maki hamun itu setiap hari dan menghubungi polis. Apabila pegawai polis tiba, wanita itu mencabar kuasa mereka untuk membawa pergi pembantu rumahnya.
Ang Poh Geok dijatuhi hukuman penjara sebulan pada Selasa (20 Dis) atas pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang pembantu rumah secara sukarela.
Pertuduhan kedua menggunakan kekerasan jenayah ke atas pembantu rumah itu dengan bergelut dengannya dan menyebabkan kepala pembantu itu terhantuk pada dinding telah diambil kira dengan pengakuan bersalahnya.
Mahkamah diberitahu bahawa Ang berada di flatnya bersama mangsa, pembantu rumah berusia 25 tahun pada 6 Oktober 2020.
Dia duduk di ruang makan ketika mangsa menjalankan tugas di dapur.
Ang memanggil mangsa dan mula memarahinya kerana tidak mengemas pelbagai jenis beg mengikut cara yang dia mahukan.
Mangsa tidak menjawab dan mengemas beg itu dalam diam tetapi Ang terus marah, kata pendakwa raya.
"Kalau tidak boleh kemas betul-betul, letak di bawah," kata Ang dalam rakaman kamera tertutup yang dimainkan di mahkamah.
"Saya beri kamu tugas, kamu ada lakukan dengan betul? Tampar diri sendiri."
Mangsa melakukan demikian namun Ang tetap tidak berpuas hati.
"Tamparan harus kuat, faham. Faham?! Tadi itu tamparan atau sayang?... Saya tidak ada masa, jangan buat saya lagi marah, tampar diri sendiri dengan kuat," kata Ang.
Rakaman menunjukkan mangsa menampar dirinya sebanyak tiga kali, setiap tamparan boleh didengar melalui video itu.
"Setiap kali mesti begitu," kata Ang.
Mangsa disuruh mengakui dia "tiada otak".
"Ya, tidak ada otak," mangsa mengulangi Ang.
Polis ke flat Ang selepas menerima laporan dari jiran Ang tentang kemungkinan berlakunya penderaan pembantu rumah.
Ang mengaku memarahi mangsa pada setiap hari. Selepas menilai bahawa pembantu rumah itu mungkin berisiko, polis memberitahu Ang bahawa mereka akan membawa pembantu itu keluar dari flat itu.
Ang kemudian mencabar kuasa mereka tetapi polis membawa mangsa pergi.
Rakaman kamera litar tertutup mengenai kesalahan itu kemudiannya diambil daripada kamera di rumah Ang.
Pendakwa raya meminta sekurang-kurangnya sebulan penjara, berkata bahawa Ang meminta mangsa untuk menampar dirinya bukan sekali tetapi tiga kali.
Peguam Ang meminta penjara dua hingga tiga minggu kerana sejarah psikiatri anak guamnya.
Peguamnya berkata Ang melaporkan simptom mood yang lemah dan kehilangan berat badan selepas kematian ibunya, dan kemudiannya didiagnosis mengalami gangguan penyesuaian dengan mood tertekan. Dia juga mempunyai reaksi kesedihan selepas ibunya meninggal dunia.
Sebagai tindak balas, pendakwa berkata diagnosis gangguan penyesuaian dengan mood tertekan berlaku selepas kesalahan yang didakwa dan "tiada kaitan" dengan kesalahan itu.
Hakim Daerah Bala Reddy bersetuju dengan pihak pendakwaan.
Hakim berkata kepada Ang: "Anda telah memalukan dan merendahkan martabat mangsa, mengarahkannya untuk menampar dirinya tiga kali, kemudian memperkecilkan kecerdasan dan maruah dirinya."

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.