Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita dipenjara, maki hamun, ludahkan pemandu Grab

Seorang wanita didenda S$3,500 pada Isnin (13 Jun) kerana menghamburkan kata-kata kesat dan meludah seorang pemandu Grab, yang menyuruhnya serta seorang penumpang lain untuk memakai pelitup mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dipenjara, maki hamun, ludahkan pemandu Grab

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 13 Jun 2022 06:31PM Dikemas Kini : 13 Jun 2022 06:31PM
SINGAPURA: Seorang wanita didenda S$3,500 pada Isnin (13 Jun) kerana menghamburkan kata-kata kesat dan meludah seorang pemandu Grab, yang menyuruhnya serta seorang penumpang lain untuk memakai pelitup mereka.

Kwek Shu Yong, 33 tahun, mengaku bersalah atas dua tuduhan di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan.

Tuduhan ketiga kerana melanggar peraturan COVID-19 dengan gagal memakai pelitup dipertimbangkan ketika menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu sekitar 2.20 pagi pada 15 November 2020, mangsa berusia 59 tahun itu menjemput Kwek dan seorang lagi penumpang di Woodlands.

Pemandu itu perasan bahawa Kwek serta penumpang lain berkenaan tidak memakai pelitup dan meminta mereka supaya berbuat demikian. Mereka memakai pelitup masing-masing sebelum menaiki kereta itu.

Apabila pemandu itu hampir menggerakkan keretanya, beliau memeriksa cermin dan mendapati penumpang lain itu sudah menanggalkan pelitupnya.

Pemandu itu pusing ke belakang dan menyuruh lelaki berkenaan untuk memakai semula pelitupnya atau beliau berkeras bahawa kedua-dua penumpang harus turun dari kereta.

Kwek menjadi marah dengan permintaan pemandu itu dan memekik ke arahnya dalam bahasa Inggeris, Mandarin serta Teochew.

"'Uncle', orang jenis macam kau ni, tunggu masa saja sebelum kena belasah dengan orang lain. Kai tidak payah memandu pada sebelah malam, pandu saja siang hari," katanya sebelum menggunakan kata-kata kesat.

Pemandu itu mengeluarkan telefon bimbitnya dan memberitahu Kwek beliau akan merakamkan tingkah laku wanita itu.

Kwek kemudian menurunkan pelitupnya dan membuat bunyi seakan-akan meludah ke arah pemandu itu, menyebabkan air ludahnya tersembur pada pipi pemandu berkenaan.

Kwek juga mencabar pemandu itu untuk menghubungi polis. Pemandu berkenaan kemudian memandu keretanya ke sebuah balai polis.

Timbalan Pendakwa Raya Timotheus Koh meminta denda yang dikenakan sambil berhujah bahawa pemandu itu adalah seorang mangsa yang mudah terdedah.

"Beliau sentiasa terdedah ketika menawarkan perkhidmatan barisan hadapan dan dibiarkan untuk membela dirinya sendiri apabila berhadapan dengan penumpang yang sukar dan/atau tidak boleh dikawal," kata pendakwa raya.

Mereka yang menggunakan kata-kata kesat dengan niat untuk menyebabkan gangguan boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda tidak melebihi S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Mereka yang didapati bersalah berkelakuan dengan cara menghina yang mungkin menyebabkan gangguan boleh didenda sehingga S$5,000.
Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa