Wanita dipenjara langgar perintah kuarantin untuk ambil wang loteri
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Calvin Oh
SINGAPURA: Walaupun Ang Siew Wah dikuarantin kerana merupakan kontak rapat kes COVID-19, dia melanggar undang-undang kuarantin dan keluar berjalan-jalan di kedai, mengambil duit loteri yang dimenangi dan mendapatkan suntikan vaksin.
Ang yang berusia 60 tahun menjerit beberapa kali ke arah pegawai telefon Certis Cisco dan menuntut jawapan kepada persoalan siapa yang akan menanggung dirinya dan bahawa dia perlu makan.
Ang dipenjarakan selama sembilan minggu pada Rabu (7 Sep). Dia mengaku salah mendedahkan orang ramai kepada risiko dijangkiti penyakit di bawah Akta Penyakit Berjangkit, dengan empat lagi tuduhan dipertimbangkan.
Mahkamah diberitahu bahawa seorang pegawai telefon Certis Cisco menghubungi Ang bagi pihak Kementerian Kesihatan (MOH) pada pagi 23 Julai 2021 untuk memberitahu tentang perintah kuarantin yang dikenakan ke atas Ang.
Sewaktu panggilan itu, Ang mengesahkan bahawa dia menerima mesej daripada MOH sehari sebelumnya menyatakan bahawa dia dikuarantin dari 22 Julai hingga 29 Julai 2021 kerana dia merupakan kontak rapat seorang pesakit COVID-19.
Ang kemudian bertanya kepada pegawai tersebut tentang temu janji vaksin COVID-19 yang sudah dibuatnya. Ang disuruh untuk menukar harinya kerana dia tidak dibenarkan keluar dari rumah.
Ang bagaimanapun membantah: "Jadi, tidak perlu beli ubat lah, tidak perlu makan lah, jadi tidak boleh keluar makan lah."
Pegawai tersebut memberitahu Ang bahawa dia harus tinggal di hotel sepanjang tempoh kuarantin tetapi Ang menengkingnya: "Biar betul, saya tak suka tinggal di hotel, saya ingin duduk di rumah."
Two pegawai cuba menghubungi Ang beberapa kali kerana mereka tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang dikatakannya atau kerana Ang mendakwa bahawa dia sedang bekerja dan "tidak ada masa" untuk mereka.
Apabila diberitahu dia tidak boleh bekerja kerana dia dikuarantin, Ang menjawab: "Saya perlukan wang untuk makan. Siapa yang akan menanggung saya?"
Ang mengulangi kenyataan itu beberapa kali dan pegawai tersebut akhirnya memberitahu Ang jika dia ingin kuarantin di rumah dan bukan di hotel, suaminya juga tidak boleh keluar dari rumah.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.