Wanita dipenjara kerana miliki Kpod; individu pertama didakwa selepas gagal hadiri program pemulihan
Seorang wanita berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara seminggu pada Selasa (6 Jan) kerana memiliki pod vape yang mengandungi etomidate, selepas dia gagal menghadiri program pemulihan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara seminggu pada Selasa (6 Jan) kerana memiliki pod vape yang mengandungi etomidate, selepas dia gagal menghadiri program pemulihan.
Ini merupakan kes pertama seseorang didakwa oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) atas kesalahan berkaitan vape kerana tidak menjalani pemulihan.
Tang Yu Ling diberkas pada 2 September 2025 kerana memiliki vape dan pod yang didapati mengandungi etomidate.
Dia dikenakan denda dan ditempatkan di bawah program pemulihan sebagai ganti kepada pendakwaan. Namun, dia tidak menghadiri sesi pemulihan pertamanya pada 24 September, menurut HSA dalam kenyataan medianya pada Selasa.
“Oleh sebab dia gagal menghadiri pemulihan walaupun telah diberikan peringatan berulang kali, HSA mengambil tindakan untuk mendakwanya atas kesalahan memiliki etomidate,” menurut agensi itu.
“HSA menawarkan pemulihan kepada pesalah kali pertama melibatkan vape yang mengandungi etomidate untuk memberi mereka peluang menghentikan tabiat tersebut dengan sokongan profesional. Kehadiran adalah wajib,” tambah HSA.
Pesalah yang gagal menghadiri atau melengkapkan program pemulihan akan didakwa di mahkamah. Pesalah vape etomidate sedemikian boleh dikenakan denda sehingga S$10,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.