Wanita dipenjara kerana gigit hujung jari rakan sekerja dalam pergaduhan
Anggaran Waktu Membaca:
- Li Yali, seorang warga China berusia 37 tahun, mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja.
- Semasa pertikaman lidah itu, Li menggigit jari tengah tangan kiri wanita itu, melukakan hujungnya sehingga mendedahkan isi dan tulangnya.
- Pemeriksaan perubatan menunjukkan walaupun hujung jarinya terpotong, beliau masih boleh membengkokkan sendi-sendi pada jari tersebut dan tidak kehilangan deria rasa pada tangan kirinya.
- Hakim Daerah Vince Gui berpendapat bahawa kecederaan yang disebabkan oleh Li harus dianggap lebih serius kerana keadaan jari terpoting itu adalah kekal.
SINGAPURA: Seorang wanita yang menggigit hujung jari rakan sekerjanya dalam satu pergaduhan dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan dan dua minggu pada Isnin (29 Dis).
Li Yali, seorang warga China berusia 37 tahun, mengaku bersalah atas satu pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sengaja. Pertuduhan kedua yang serupa dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.
Dia seorang pekerja kilang ketika kejadian pada 12 Julai itu.
Mahkamah diberitahu bahawa pada malam 11 Julai, Li dan rakan sekerjanya sedang cuba mendapatkan pekerjaan di syarikat lain yang terletak di Jalan Boon Lay.
Semasa rakan sekerja Li sedang bercakap dengan sekumpulan pekerja, Li tiba-tiba menghampiri dan memarahi wanita itu kerana dia menyangka rakan sekerjanya sedang memburukkan dirinya.
Mereka saling menghina satu sama lain dan berbalas kata-kata kesat sehingga menyebabkan pergaduhan, di mana Li menarik rambut wanita itu dan mencakar mukanya, menyebabkannya berdarah.
Pada keesokan pagi, di premis majikan mereka di Tuas Drive 1, rakan sekerja itu bersemuka dengan Li tentang apa yang berlaku.
Semasa pertikaman lidah itu, Li menggigit jari tengah tangan kiri wanita itu, melukakan hujungnya sehingga mendedahkan isi dan tulangnya.
Wanita-wanita itu dipisahkan oleh pengurus mereka dan mangsa dibawa ke jabatan kecemasan hospital.
Beliau diberi antibiotik, ubat tahan sakit dan vaksinasi tetanus.
Pemeriksaan perubatan menunjukkan walaupun hujung jarinya terpotong, beliau masih boleh membengkokkan sendi-sendi pada jari tersebut dan tidak kehilangan deria rasa pada tangan kirinya.
Mangsa menjalani pembedahan, termasuk pemendekan tulang dan pemasangan kuku tiruan. Beliau diberi cuti sakit 46 hari dan arahan tugasan ringan selama 19 hari.
Timbalan Pendakwa Raya Quek Lu Yi memohon hukuman penjara tiga hingga empat bulan untuk Li, dengan berhujah bahawa kesalahannya menyebabkan kecederaan sederhana.
Namun, Hakim Daerah Vince Gui berpendapat bahawa kecederaan yang disebabkan oleh Li harus dianggap lebih serius kerana keadaan jari terpoting itu adalah kekal.
Hakim bersetuju dengan pihak pendakwa raya bahawa menggigit adalah satu bentuk serangan dan boleh membawa risiko penularan penyakit.
Semasa membela dirinya sebelum hakim menjatuhkan hukuman, Li berkata dia tidak biasa dengan undang-undang Singapura dan akan menerima keputusannya.
Namun, selepas hukuman itu dijatuhkan, dia berkata bahawa dia mahu membuat rayuan terhadap hukumannya kerana dia hanya menjangkakan akan didenda.
Hukuman bagi kesalahan menyebabkan kecederaan secara sengaja adalah penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga S$5,000 (US$3,900) atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.