Wanita dipenjara kerana beri alamat palsu untuk daftarkan anak ke sekolah popular
Seorang wanita berusia 42 tahun dijatuhi hukuman penjara selama seminggu pada Khamis (13 Nov) kerana berbohong mengenai alamat kediamannya semata-mata untuk mendaftarkan anak perempuannya di sebuah sekolah rendah yang popular.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 42 tahun dijatuhi hukuman penjara selama seminggu pada Khamis (13 Nov) kerana berbohong mengenai alamat kediamannya semata-mata untuk mendaftarkan anak perempuannya di sebuah sekolah rendah yang popular.
Dia mengaku tinggal di sebuah flat HDB miliknya berhampiran sekolah terbabit.
Namun, flat itu sebenarnya disewakan kepada orang lain, manakala dia dan anaknya tinggal bersama pasangannya di luar jarak satu kilometer daripada sekolah tersebut.
Pihak pendakwa memohon denda sebagai hukuman, tetapi hakim mendapati hukuman penjara wajar dikenakan kerana faktor-faktor pemberat dalam kes tersebut, termasuk penipuan yang dirancang serta “motif yang mementingkan diri sendiri”.
Selepas mendengar hukuman penjara tersebut, wanita itu merayu kepada hakim agar diberi peluang kedua, sambil berkata bahawa dirinya tidak boleh dipenjara dan dia diperlukan oleh anak perempuannya.
Identiti wanita itu tidak boleh didedahkan kerana mahkamah mengenakan perintah larangan ke atas penyiaran untuk melindungi identiti anak perempuannya, yang masih bawah umur. Perintah itu turut meliputi nama sekolah berkenaan, yang sudah pun memindahkan murid tersebut ke sekolah lain.
Wanita itu mengaku bersalah pada September atas satu pertuduhan memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam dan satu lagi pertuduhan memberikan maklumat palsu ketika melaporkan perubahan alamatnya. Satu lagi pertuduhan turut dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.
Menurut hakim, garis panduan pendaftaran sekolah Kementerian Pendidikan (MOE) bertujuan memastikan prosesnya kekal telus dan teratur.
Pembohongan dan tindakan memperdaya pegawai MOE menjejas nilai-nilai yang menjadi tunjang masyarakat.
Ia juga memberi kelebihan yang tidak wajar kepada pesalah.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.