Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita dipenjara 3 minggu, hayun cerek berisi air panas ke arah anak perempuan hingga sebabkan kelecuran

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dipenjara 3 minggu, hayun cerek berisi air panas ke arah anak perempuan hingga sebabkan kelecuran

(Gambar: Unsplash/Lucas George Wendt)

SINGAPURA: Seorang wanita yang menghayun cerek ke arah anak perempuannya berusia 15 tahun kerana pulang lewat, menyebabkannya mengalami kelecuran, diberi hukuman penjara tiga minggu pada Rabu (26 Apr).

Wanita berusia 42 tahun itu merancang untuk membuat rayuan terhadap hukuman tersebut. Dia tidak boleh dinamakan atas sebab perintah mahkamah bagi melindungi identitinya serta anak perempuan beliau.

Sebelum ini, wanita tersebut mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan kerana bertindak terburu-buru sehingga membahayakan keselamatan orang lain.

APA YANG TERJADI

Pada 22 Disember 2021, mangsa telah bermalam di rumah rakannya walaupun dilarang oleh ibunya.

Apabila remaja itu pulang ke rumah sekitar pukul 7.00 malam pada keesokan hari, dia langsung masuk ke biliknya dan mengunci pintu pintu. Namun, ibunya berjaya membuka tingkap bilik itu dan menjerit ke arah anaknya. Wanit aitu juga melontar kasut ke arah anaknya itu.

Mangsa tidak meninggalkan biliknya pada 24 Disember 2021. Dia bangun sekitar pukul 3.00 petang pada keesokan hari. Sejam kemudian, ibunya meminta remaja itu membantunya di dapur.

Ketika mangsa mencuci pinggan mangkuk di sinki, dia diminta ibunya supaya masak air.

Wanita itu menjadi marah setelah mendapat tahu anaknya bermalam di rumah temannya. Dia lantas mengambil cerek dengan air yang mendidih dan menghayunnya ke arah anak perempuannya, menyebabkan mangsa disimbah air panas.

Remaja itu lari ke tandas untuk membilas dirinya dengan air sejuk. Dia kemudian menelefon datuk dan neneknya sebelum pergi ke rumah mereka.

Khidmat Perlindungan Kanak-Kanak dan polis dimaklumkan tentang kejadian itu.

Remaja tersebut mengalami kelecuran tahap pertama dan kedua di badannya, termasuk pada dagu, leher, bahu dan dada. Leher dan bahunya juga melepuh.

Dia dimasukkan ke hospital dari 26 Disember 2021 hingga 5 Januari 2022. Lukanya dilaporkan sudah pulih pada 4 Januari 2022.

Hukuman bagi kesalahan menyebabkan kecederaan kerana bertindak terburu-buru sehingga membahayakan keselamatan orang lain adalah penjara sehingga setahun, denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan