Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita dipenjara 2 tahun; menyamar sebagai peguam dan tipu mangsa S$62,000

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita yang mendakwa diri sebagai seorang peguam memperdaya kenalannya untuk memberikannya lebih S$62,000 bagi "khidmat guaman" atau pekerjaan di firma terkenal.

Siti Suhailal Halil, 28 tahun, dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada Jumaat (6 Jan).

Dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan menipu dengan tiga lagi tuduhan turut di ambil kira.

Mahkamah mendapati Siti menipu ibu bekas teman lelakinya, seorang wanita 52 tahun selama hampir dua tahun.

Siti menipu wanita itu pada Disember 2017 bahawa dia adalah seorang peguam setelah mengetahui mangsa memerlukan bantuan guaman berhubung isu wang CPF dan perceraian.

Siti menipu bahawa dia boleh memberikan bantuan guaman meskipun dia bukan seorang peguam bertauliah sebagai pertukaran bagi yuran tertentu.

Antara Disember 2017 dengan September 2019, mangsa menyalurkan wang kepada Siti sebanyak 126 kali bagi "khidmat guaman" seperti kertas kerja, permohonan mahkamah dan urusan perundingan undang-undang.

Antara Januari 2018 dengan Disember 2018, mangsa menyalurkan S$27,980 ke akaun bank Siti.

Apabila mangsa bersemuka dengan Siti untuk mendpapatkan bukti khidmat guaman yang dikatakan, Siti menyuruh beliau meneruskan pindahan wang dengan mendakwa kegagalan membayar yuran guaman akan mengakibatkan denda atau ditahan.

Mangsa berdepan dengan Siti sekali lagi pada Oktober 2019 dan meminta bukti bahawa dia seorang peguam. Apabila Siti tidak dapat berbuat demikian, mangsa membuat aduan polis.

Semasa dalam siasatan, Siti menipu rakan suaminya, seorang lelaki berusia 28 tahun, dan mendakwa dia boleh mendapatkan pekerjaan di firma guaman Dentons Rodyk untuk beliau.

Siti memperdaya mangsa dengan berkata dia bekerja di firma tersebut. Dia juga bukan peguam bertauliah.

Siti juga memperdaya seorang lagi mangsa, seorang kenalan 28 tahun dengan peluang pekerjaan yang sama di Dentons Rodyk.

Pihak pendakwa mengusulkan 24 bulan dan 28 tahun penjara dan berkata Siti "tidak bimbang" meskipun tahu dia sedang disiasat dan terus membuat kesalahan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan