Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita dipenjara 10 tahun, gunakan invois palsu tipu syarikat S$25 juta

Seorang wanita yang membuat invois palsu untuk menipu dua syarikat sebanyak S$25 juta selama dua tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, hari ini (28 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dipenjara 10 tahun, gunakan invois palsu tipu syarikat S$25 juta

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Jun 2018 05:31PM Dikemas Kini : 28 Jun 2018 05:32PM

SINGAPURA: Seorang wanita yang membuat invois palsu untuk menipu dua syarikat sebanyak S$25 juta selama dua tahun dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, hari ini (28 Jun).

Choy Peiyi, 35 tahun, merupakan pengarah syarikat Pengurusan Vanguard Project, sebuah firma ubah elok dan reka bentuk dalaman.

Antara November 2016 dan Mac 2017, Choy memalsukan 23 invois dari pelbagai syarikat termasuk Restoran Fish & Co dan Evershine Services, lengkap dengan setem dakwat, tanpa disedari syarikat-syarikat tersebut.

Dia kemudian menghantar invois-invois palsu tersebut - kononnya bagi kerja-kerja ubah elok di beberapa syarikat - kepada dua agensi, Arc Trade Finance Fund dan Capital Springboard, yang menyediakan khidmat kewangan.

Helah tersebut terbongkar semasa Capital Springboard menilai akaunnya dengan Choy.

Choy menghadapi 235 tuduhan menipu dan dua tuduhan pengubahan wang haram.

Choy meminta supaya hukumannya ditangguh selama dua minggu untuk menguruskan perniagaan dan hal peribadinya.

Dia diberi ikat jamin sebanyak S$300,000

Sumber : CNA/NA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan