Wanita dipenjara 10 hari, tendang budak 3 tahun selepas gaduh dengan ibu bapanya
Anggaran Waktu Membaca:
Angela Yong Sze Ting di Mahkamah Negara pada 1 Nov 2024. (Gambar: Raydza Rahman/CNA)
SINGAPURA: Selepas bertengkar dengan ibu bapa seorang kanak-kanak berhubung penggunaan pita di stesen membungkus hadiah di Toys R Us, seorang wanita menendang belakang kaki budak lelaki berusia tiga tahun itu, menyebabkannya terjatuh.
Wanita itu kemudian cuba melarikan diri tetapi perbuatannya dilihat oleh bapa budak tersebut dan dirakam kamera televisyen litar tertutup.
Angela Yong Sze Ting, 36 tahun, yang juga mempunyai anak kecil dijatuhi hukuman penjara 10 hari pada Jumaat (1 Nov) atas satu pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak bawah umur.
Mahkamah diberitahu bahawa mangsa, yang identitinya dilindungi di bawah perintah mahkamah, berusia tiga tahun ketika kejadian itu pada 1 Mei.
Dia berada di Pusat Beli-belah United Square di Thomson Road bersama ibu bapa dan abangnya yang berusia lima tahun pada petang itu.
Ibu bapanya membeli beberapa barang di Toys R Us dan membungkusnya di stesen layan diri yang disediakan. Yong juga berada di stesen yang sama untuk membungkus barang yang dibelinya.
Yong dan ibu bapa mangsa kemudian bertengkar berhubung penggunaan pita.
Selepas ibu bapa budak itu selesai membungkus barang-barang mereka, mereka keluar dari kedai bersama mangsa dan abangnya. Yong juga selesai membungkus barang yang dibelinya dan berjalan di belakang keluarga tersebut.
Menurut mahkamah, Yong yang masih marah dengan ibu bapa budak itu, bertindak menendang belakang kaki budak berkenaan.
Kejadian itu dirakam oleh kamera CCTV.
Sepanjang siasatan polis, Yong tidak menunjukkan rasa kesal, bahkan mendakwa dia "tidak sengaja" menyebabkan mangsa tersandung, kata pihak pendakwaan.
Sehingga kini, Yong tidak membuat sebarang bayaran pampasan.
Kanak-kanak itu telah menemui doktor, dan diberi cuti sakit selama tiga hari.
Dia juga dirujukkan kepada pakar psikiatri kanak-kanak kerana doktor memerhatikannya menjadi pendiam, takut dan rasa trauma. Bagaimanapun, ibu bapa budak itu tidak mengambil langkah susulan mengenai perkara itu.
Sesiapa yang didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali. Hukuman digandakan bagi perbuatan sedemikian terhadap kanak-kanak bawah umur 14 tahun.

Sumber : CNA/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.