Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita dikenakan probesen, simbah 4 anaknya dengan air panas

Seorang wanita berusia 34 tahun yang menyimbah anak-anaknya dengan air panas, selepas mengesyaki salah seorang daripada mereka telah mencuri wangnya, dikenakan probesen selama satu setengah tahun pada Khamis (9 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dikenakan probesen, simbah 4 anaknya dengan air panas

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 09 Jan 2025 05:16PM Dikemas Kini : 09 Jan 2025 05:17PM
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 34 tahun yang menyimbah anak-anaknya dengan air panas, selepas mengesyaki salah seorang daripada mereka telah mencuri wangnya, dikenakan probesen selama satu setengah tahun pada Khamis (9 Jan).

Ibu tunggal empat orang anak itu dikehendaki menjalani penilaian psikiatri dan mematuhi pengambilan ubat serta rawatan psikiatri yang ditetapkan.

Dia juga harus mengambil bahagian dalam program kaunseling oleh agensi perkhidmatan sosialnya dan mematuhi pelan keselamatan yang disediakan oleh Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak.

Perintah perobesennya akan disemak semula selepas sembilan bulan. Saudara perempuannya juga menjadi penjamin S$5,000 untuk memastikan dia menunjukkan tingkah laku yang baik semasa dalam tempo probesen.

Wanita itu tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti anak-anaknya. Mereka berusia lapan, sembilan, 10 dan 11 ketika kesalahan itu berlaku pada Julai 2022.

Wanita itu telah mengaku bersalah sebelum ini atas satu pertuduhan menganiaya seorang anak di bawah jagaannya, dengan tiga lagi pertuduhan berkaitan anak-anaknya yang lain dipertimbangkan semasa menjatuhkan hukuman.
Pada Khamis, Timbalan Pendakwa Raya Tin Shu Min berkata pihak pendakwaan tidak membantah hukuman probesen yang dikenakan, seperti mana disyorkan oleh pegawai probesen.

Cik Tin berkata tindakan wanita itu selepas berlakunya kesalahan tersebut menunjukkan dia berasa kesal.

Sebagai contoh, wanita itu terus bekerjasama dengan pusat khidmat keluarga atas permintaannya, walaupun dia sudah berpindah di luar kawasan perkhidmatan pusat itu.

Menurut Cik Tin kanak-kanak itu juga kembalimenjalin hubungan dengan ibu mereka, dan hukuman penjara boleh mengganggu proses itu selain menjejaskan keupayaan wanita berkenaan untuk terus bekerja. Dia adalah pencari nafkah utama keluarganya.
Sumber : CNA/AT/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan