Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita dikenakan amaran bersyarat gara-gara dakwa budak 3 tahun mati dek COVID-19 di KKH

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang wanita 47 tahun diberikan amaran bersyarat berhubung kenyataan palsu di Facebook, menurut pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Online (POFMA).

Wanita itu membuat kenyataan bahawa dia tahu dan ada sebab untuk percaya bahawa kenyataan itu palsu dan boleh membawa bahaya kepada kepentingan awam, menurut pejabat POFMA dalam satu kenyataan hari ini (31 Mac).

Pada 14 Ogos 2021, wanita tersebut membuat kenyataan palsu di Facebook dan mendakwa seorang budak berusia tiga tahun meninggal dunia akibat COVID-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (KKH) dan kematian itu sengaja tidak dilaporkan.

Pada keesokan harinya, arahan POFMA dikeluarkan kepada semua pengguna Facebook Singapura untuk memaklumkan mereka tentang catatan palsu tersebut.

Siasatan juga mendedahkan bahawa wanita itu sudah mengambil langkah untuk mengelak daripada dikenal pasti dengan menggunakan akaun media sosial dengan nama rekaan untuk memuat naikkan kenyataan palsu tersebut.

Dia juga menyatakan bahawa "dia sudah mendapat kebenaran daripada ibu mangsa untuk memuat naik hantaran ini ke FB".

Pejabat POFMA mengeluarkan amaran bersyarat selama 24 bulan terhadap wanita tersebut "selepas mempertimbangkan semua aspek kes".

Jika wanita tersebut membuat kesalahan yang sama dalam tempoh 24 bulan ini, dia boleh didakwa atas kesalahan asal.

Jika didapati bersalah di bawah POFMA, dia boleh didenda sehingga S$50,000, penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan