Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita dijumpai mati di landasan kereta api LRT di Punggol

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dijumpai mati di landasan kereta api LRT di Punggol

Pengendali SBS Transit menyatakan khidmat LRT di Punggol dihentikan disebabkan satu "insiden' di Stesen Cove pada Khamis 23 Mac. (Gambar: Facebook/Yeo Wan Ling)

Diterbitkan : 24 Mar 2023 04:16AM Dikemas Kini : 24 Mar 2023 04:28AM
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 33 tahun dijumpai mati di landasan kereta api LRT stesen Cove, di laluan Punggol East, pada Khamis malam (23 Mac).

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

Menurut pengumuman di Twitter sekitar pukul 10.30 malam, pengendali SBS Transit menyatakan khidmat LRT di Punggol dihentikan disebabkan satu "insiden" di stesen Cove.

Menjawab pertanyaan CNA, SCDF menyatakan pihaknya menerima panggilan meminta bantuan sekitar pukul 10.00 malam di stesen LRT Cove.

"Sejurus ketibaan SCDF, seseorang individu dijumpai di landasan LRT berdekatan platform stesen tersebut dan disahkan mati," menurut SCDF.

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang satu kes kematian luar biasa pada waktu yang sama dan menjumpai seorang wanita yang tidak lagi bernyawa di landasan LRT.

Berdasarkan siasatan awal, tiada perbuatan khianat disyaki dan siasatan masih dijalankan, menurut polis lagi.

Gambar-gambar yang dimuat naik ke Facebook oleh Anggota Parlimen Pasir Ris-Punggol Yeo Wan Ling menunjukkan sebuah kereta bomba dan ambulans di tempat kejadian.

Cik Yeo menyarankan agar para penumpang membuat aturan perjalanan alternatif dan berkata pasukannya berada di lokasi untuk memberikan bantuan yang diperlukan.
 
Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan