Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita dijel tikam anak lelaki 11 tahun yang main telefon bimbitnya tanpa izin

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Disebabkan rasa marah terhadap anak lelakinya yang memasuki bilik dan menggunakan telefon bimbitnya tanpa izin, seorang wanita menikam paha anak lelakinya yang berusia 11 tahun.

Darah mengalir dengan banyak dan budak lelaki itu pergi ke biliknya untuk menghubungi polis.

Wanita 41 tahun itu tidak boleh didedahkan namanya atas perintah mahkamah, dijatuhi hukuman penjara dua bulan pada Rabu (17 Mei).

Dia mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela menggunakan senjata berbahaya ke atas kanak-kanak bawah umur.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa mengambil telefon bimbit ganti ibunya pada pagi 6 November 2021 tanpa izin.

Walaupun ibunya berulang kali melarang daripada memasuki bilik, budak lelaki itu tidak mengendahkannya dan terus bermain dengan telefon bimbit tersebut.

Wanita itu ke dapur dan mengambil sebilah pisau sepanjang 21 sentimeter sebelum kembali ke bilik tersebut.

Anak lelakinya sedang baring di atas katil dan berselimut.

Dia menarik selimut itu daripada budak lelaki tersebut sebelum mengacukan pisau seperti ingin menikamnya.

Senjata itu terkena selimut, menembusi kain dan melukakan budak itu pada bahagian pahanya.

Budak lelaki itu meraung kesakitan dan darah mula mengalir dengan banyak.

Dia melarikan diri ke biliknya dan mengunci pintu sebelum memberitahu polis bahawa ibunya menikamnya menggunakan pisau dapur.

Budak lelaki itu dibawa ke hospital dengan luka terbuka dan dihantar pulang beberapa minggu kemudian.

Pendakwa memohon hukuman penjara selama dua hingga tiga bulan buat pesalah, dan berkata bahawa dia pernah disabit kesalahan pada 1999 atas tuduhan yang sama. Dia dikenakan probesyen pada waktu itu.

Namun, pendakwa mengaku bahawa pesalah mengalami gangguan kemurungan yang teruk.

Keadaannya ada kaitan yang besar dengan kelakuannya yang salah itu, namun ia tidak menghalang wanita berkenaan daripada mengetahui apa yang dilakukan itu salah.

Wanita tersebut masih menjalani rawatan bagi penyakitnya dan sudah mengambil langkah-langlah
untuk memulihkan dirinya supaya kejadian serupa tidak berulang, kata peguam bela John Koh.


Encik Koh meminta hukuman paling ringan daripada apa yang diminta pendakwa, iaitu hukuman penjara dua bulan.

Beliau juga berjaya menangguhkan hukuman penjara anak guamnya yang akan bermula pada 14 Jun supaya wanita tersebut dapat menamatkan tempoh notis pekerjaannya.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan