Skip to main content

Singapura

Wanita dijel 7 tahun 4 minggu bantu penipu Nigeria pindahkan lebih S$2j ke luar S'pura

Seorang keldai wang berusia 46 tahun dihukum penjara 84 bulan (atau tujuh tahun) dan empat minggu iaitu antara hukuman paling berat dikenakan bagi kesalahan sedemikian.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita dijel 7 tahun 4 minggu bantu penipu Nigeria pindahkan lebih S$2j ke luar S'pura

Gambar fail. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 02 Aug 2021 07:51PM Dikemas Kini : 02 Aug 2021 09:42PM

SINGAPURA: Seorang keldai wang berusia 46 tahun dihukum penjara 84 bulan (atau tujuh tahun dan empat minggu) iaitu antara hukuman paling berat dikenakan bagi kesalahan sedemikian.

Rohaiza Alap menyediakan 25 akaun bank kepada penipuan luar negara dan merekrut keldai-keldai wang lain.

Timbalan Pendakwa Raya Ang Siok Chen memberitahu mahkamah bahawa Rohaiza terbabit dalam pengubahan wang haram selepas dia mengenali teman lelakinya, seorang warga Nigeria yang dinamakan sebagai Christian dalam dokumen mahkamah, sekitar Januari 2013.

Pendakwa berkata Rohaiza tahu bahawa Christian, yang berpangkalan di Malaysia, "terlibat dalam menipu orang ramai di seluruh dunia".

Rohaiza mengubah wang haram lebih S$1.3 juta menerusi akaun-akaun tersebut dan membantu untuk memindahkan lebih S$2 juta ke luar Singapura.

Wang hasil penipuan dimasukkan ke akaun-akaun bank milik Rohaiza dan mereka yang direkrutnya.

Mereka mengambil bahagian masing-masing sebelum menyalurkan baki wang kepada penjenayah warga Nigeria itu.

Rohaiza juga cuba menghalang siasatan dengan meminta salah seorang rakan subahatnya supaya berbohong kepada pihak berkuasa. 

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita