Wanita dihukum penjara 9 bulan kerana atur kahwin kontrak antara warga SG dan Vietnam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita warga Vietnam yang mengatur kahwin kontrak atau kahwin tidak rasmi antara seorang lelaki Singapura dengan seorang lagi wanita Vietnam dijatuhi hukuman penjara selama sembilan bulan pada Jumaat (13 Sep).
Le Thuy Trieu juga didenda S$4,000 kerana mengatur penipuan itu, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Pada 2016, wanita berusia 41 tahun itu menawarkan untuk mengatur kahwin kontrak antara Hoo Kee Hwa yang berusia 52 tahun dan Vuong Thi My Tuyen yang berusia 32 tahun supaya Vuong "akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melanjutkan tempoh penginapannya di Singapura" .
Hoo diupah kira-kira S$8,000 hingga S$10,000. Disebabkan tabiatnya berjudi dan memerlukan wang ketika itu, warga Singapura itu menerima tawaran tersebut, kata ICA.
Le mencadangkan supaya Hoo terus menjadi suami Vuong selama tiga tahun, selepas itu perceraian mereka akan diatur.
Le juga berkenalan dengan ibu Vuong, Luong Thi My Hang, dan membincangkan idea kahwin kontrak antara Vuong dan Hoo. Kedua-dua ibu dan anak bersetuju dengan saranannya itu.
"Perkahwinan itu dilangsungkan pada 19 Ogos 2016," dedah ICA.
Luong membayar Le S$16,000 atas peranannya dalam muslihat itu. Daripada jumlah tersebut, Le mengupah Hoo S$10,000 dan menyimpan bakinya.
Hoo juga menerima antara S$400 dan S$500 sebulan daripada Vuong kerana menjadi penjamin bagi permohonan pas lawatannya dan juga permohonannya untuk melanjutkan tempoh dia berada di Singapura.
Pada 8 Feb 2022, Hoo dan Vuong diberkas selepas ICA mendapati Vuong tidak tinggal di tempat kediaman yang diisytiharkan.
Pasangan itu disabitkan dengan tuduhan di bawah Akta Imigresen dan dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan didenda S$8,000 setiap seorang pada November dan Oktober 2022.
Luong, ibu Vuong, telah diberkas ketika dia memasuki Singapura pada Februari 2023 dan turut dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan.
"ICA akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap pasangan sedemikian dan orang tengah yang mengaturkannya," menurut ICA.
Hukuman bagi kesalahan melibatkan kahwin kontrak adalah denda sehingga S$10,000, hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Bagi membuat keterangan palsu untuk mendapatkan pelepasan imigresen, pesalah boleh dihukum penjara sehingga 12 bulan, didenda sehingga S$4,000, atau kedua-duanya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.