Wanita dihukum penjara 8 minggu, ugut tikam hingga mati penyewa flat di Holland Drive
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Leonard Leong/TODAY
SINGAPURA: Seorang wanita yang membuat ugutan untuk membunuh penyewa apartmennya di Holland Drive dengan sebilah pisau sepanjang 33 sentimeter, dijatuhi hukuman penjara lapan minggu pada Isnin (15 Mei).
Li Kun, 39 tahun, sebelum ini mengaku bersalah pada Mac atas satu tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap penyewa tersebut, iaitu pasangan yang berusia 30 dan 26 tahun.
Satu lagi tuduhan serupa diambil kira semasa menjatuhkan hukuman terhadap warga China itu, yang bekerja sebagai pendandan.
APA YANG BERLAKU?
Pada sekitar 6.30 pagi pada 20 Oktober 2021, Soo Zu Liang dan Teo Yuen Yee, masing-masing berusia 26 dan 30 tahun ketika itu, sedang tidur dalam bilik sewa mereka apabila dikejutkan oleh tindakan Li, yang pulang dalam keadaan mabuk, menurut dokumen mahkamah yang disiapkan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Yohanes Ng.
Pasangan tersebut telah menyewa bilik di apartmen Li, sekitar empat bulan, dengan persetujuan suami Li.
Pada malam kejadian itu, mereka terdengar bunyi yang kuat dan jeritan Li dari ruang tamu.
Cik Teo juga terdengar Li berkata bahawa dia sedang memegang pisau dan akan menunggu pasangan tersebut untuk meninggalkan bilik mereka supaya dia boleh "membunuh kedua-dua mereka".
Meskipun pintu bilik mereka dikunci, Cik Teo tetap bimbang tentang keselamatan mereka, lalu memberitahu Encik Soo supaya menghubungi polis.
Rakaman kamera di flat tersebut menunjukkan Li mengambil sebilah pisau sepanjang 33 sentimeter dari dapur dan mundar-mandir di sekitar rumah tersebut.
Pada beberapa kesempatan, Li menghayunkan pisau sambil bercakap dalam bahasa Mandarin, "Aku sedang pegang pisau dan tunggu dia keluar untuk tikam dia sampai mati" dan "Aku akan tikam sesiapa yang keluar bilik".
Pada masa yang sama, Li kelihatan agresif mengetuk pintu bilik pasangan itu dengan pisau.
Selepas Li diberkas, siasatan menunjukkan kandungan alkohol dalam darahnya sebanyak 88mg bagi setiap 100ml darah.
Selepas Li mengaku bersalah pada Mac lalu, Hakim Daerah Marvin Bay mengarahkan satu laporan dibuat bagi menilai jika dia sesuai bagi arahan rawatan wajib, iaitu satu pilihan hukuman yang ditawarkan bagi pesalah yang mengalami keadaan mental yang menyumbang kepada kesalahan mereka.
Laporan dari Institut Kesihatan Mental (IMH), yang diserahkan pada Isnin, bagaimanapun mendapati perbuatannya tidak disebabkan keadaan mental Li ketika itu.
Bagi kesalahan membuat ugutan jenayah untuk menyebabkan kematian atau kecederaan teruk, Li boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.