Skip to main content

Singapura

Wanita didenda S$4,000; tendang penumpang wanita 66 tahun selepas bertengkar dalam MRT

Seorang wanita didenda S$4,000 oleh sebuah mahkamah daerah pada Selasa (5 Ogos) kerana menendang seorang lagi wanita dalam MRT selepas bertengkar berhubung tempat duduk.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita didenda S$4,000; tendang penumpang wanita 66 tahun selepas bertengkar dalam MRT

Gambar fail gerabak MRT di Singapura pada 8 Januari 2019. (Gambar: iStock)

Diterbitkan : 05 Aug 2025 09:18PM Dikemas Kini : 05 Aug 2025 09:29PM
SINGAPURA: Seorang wanita didenda S$4,000 oleh sebuah mahkamah daerah pada Selasa (5 Ogos) kerana menendang seorang lagi wanita dalam MRT selepas bertengkar berhubung tempat duduk.

Endon Abu Bakar, seorang rakyat Singapura berusia 47 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita warga Singapura berusia 66 tahun.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa menaiki MRT di Stesen Clementi di Laluan Timur-Barat pada kira-kira pukul 10.30 pagi pada 5 Disember 2024.

Mangsa kemudian duduk dua tempat duduk daripada tempat duduk 'keutamaan' dan meletakkan begnya di tempat duduk kosong bersebelahannya kerana ia tidak diduduki pada masa itu.

Pada kira-kira pukul 11.00 pagi, Endon menaiki MRT yang sama di Stesen MRT Paya Lebar.

Semasa dia duduk, mangsa merasakan Endon duduk dengan kuat lalu melanggar begnya.

Endon pula melihat bahawa tempat duduk itu kosong dan merasakan bahawa beg plastik tidak sepatutnya diletakkan di atas tempat duduk yang kosong itu.

Mangsa memberitahu Endon bahawa dia sepatutnya memintanya untuk mengalihkannya.

Perkelahian tercetus antara mereka berdua.

Endon menghalakan telefon bimbitnya ke arah mangsa.

Membalasnya, mangsa tersenyum lalu membuat tanda damai dan mengeluarkan telefonnya sendiri dan menghalakannya ke arah Endon, kata pendakwa raya.

Ini menimbulkan kemarahan Endon, yang merampas telefon mangsa. Mangsa berdiri dan cuba mendapatkan telefonnya.

Endon menggunakan kaki kanannya untuk menendang mangsa sekali pada bahagian perut, yang berniat untuk mencederakannya.

Pergaduhan itu berakhir apabila seorang penumpang menekan butang kecemasan dan MRT berhenti di Stesen Tanah Merah.

Kakitangan MRT menyoal siasat kedua-dua wanita itu.

Selepas itu, mangsa berasa sakit pada bahagian perut dan mendapatkan rawatan perubatan, sambil mengadu mengalami sakit kepala dan sakit perut.

Mangsa didapati masih boleh berjalan dengan lancar, kata pendakwa raya.

Mangsa tidak memerlukan rawatan di hospital dan menolak cuti sakit.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita