Wanita didenda S$4,000 kerana simbah kopi pada kostum tarian singa, ganggu pertandingan
Lim Sok Lay tiba di Mahkamah Negara pada 26 Februari 2025. Wanita berusia 52 tahun ini menyimbah kopi pada kostum tarian singa. (Gambar: CNA)
- Seorang wanita yang menyimbah kopi pada kostum tarian singa dan menendang kepalanya di Pusat Masyarakat West Coast pada 2023 didenda S$4,000 pada Rabu (26 Feb).
- Lim Sok Lay, 52 tahun, kecewa dengan anaknya kerana menyertai kumpulan tarian singa.
- Suaminya, Cheang Eng Hock, 60 tahun, juga menghadapi tuduhan serupa dan akan mengaku bersalah pada 19 Mac.
- Lim sudah membuat bayaran S$665 kepada pasukan tarian singa itu.
Lim Sok Lay, 52 tahun, kecewa dengan anaknya kerana menyertai kumpulan tarian singa.
Dia sebelum itu mengaku bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan nakal dan menggunakan kekerasan jenayah, dengan dua tuduhan lain diambil kira dalam menjatuhkan hukuman.
Suaminya, Cheang Eng Hock, 60 tahun, juga menghadapi tuduhan serupa dan akan mengaku bersalah pada 19 Mac.
Mahkamah sebelum ini diberitahu bahawa pasangan itu tidak suka anak mereka bergaul dengan kumpulan tarian singa berkenaan, kerana percaya ia satu pengaruh buruk bagi baginya.
Pada 29 Jul 2023, apabil amendapat tahu bahawa rombongan anak lelaki mereka itu membuat persembahan di Pusat Masyarakat West Coast , pasangan itu pergi ke sana untuk bersemuka dengan mereka. Lim menuang kopi ke atas kostum tarian singa rombongan itu, menyebabkan kesan yang tidak dapat ditanggalkan. Dia juga menendang kepala kostum itu.
Dia menyebabkan kerosakan berjumlah S$1,330, kerana kostum itu tidak lagi boleh digunakan dalam pertandingan tarian singa.
Seramai kira-kira 200 orang hadir dalam pertandingan itu, dan tindakan Lim mengganggu acara tersebut selama kira-kira 10 minit.
Dalam satu kejadian berasingan pada Februari 2023, Lim menolak seorang lelaki yang dipercayainya telah menyebabkan hidung cucunya bercalar. Ini selepas mangsa, seorang kenalan jauh keluarga itu, menawarkan diri untuk menggendong cucu Lim yang berusia lima bulan.
Lim sudah membuat bayaran S$665 kepada pasuakan tarian singa itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.